Solat hajat pohon pemerintahan PAS di Kelantan dilanjutkan
mstar
KOTA BAHARU: Pemimpin PAS Kelantan hari ini, Sabtu mengadakan solat hajat memohon pemerintahan parti itu terus kekal pada pilihan raya umum kali ini.
Program anjuran Dewan Ulama PAS Kelantan itu yang berlangsung di dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV diketuai Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Program itu dimulakan pada kira-kira 4 pagi dengan solat sunat tahajud diimamkan Hussin Ibrahim Masri dari Pondok Lubuk Tapah Pasir Mas dan diikuti solat hajat yang diimamkan Nik Abdul Kadir Nik Mohammad manakala solat Subuh diimamkan Nik Abdul Aziz.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 Mac sebagai tarikh mengundi manakala penamaan calon pada 24 Februari.
Pada pilihan raya umum yang lepas, PAS menang di Kelantan dengan majoriti satu kerusi mengatasi Barisan Nasional (BN).
PAS menguasai 23 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala BN 22 kerusi DUN.
(gambar hiasan)
No2umnO - BN minta rakyat Kelantan sokong mereka, PAS dan rakyat Kelantan minta Allah swt sokong mereka. Itu lah beza UMNO dan PAS. BN terus FAIL .......
0 comments:
Post a Comment