Kembali kepada Islam, rujuk Ulama - Tun Mahathir
Sebelum itu kehadiran Dr Mahathir disambut dengan majlis yang gilang gemilang antaranya dengan kompang, iringan bunga manggar dan alunan selawat semasa memasuki Dewan Besar, CAC UIAM Gombak pada jam 11.00 pagi.
Beliau ditemani Pengerusi UIAM selain mendapat tepukan gemuruh lebih 4000 peserta yang setia menanti kehadiran bekas Perdana Menteri itu ke UIAM.
Seorang sumber memberitahu, sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak hadir ke UIAM ketika merasmikan sambutan Jubli Perak UIAM awal Januari lalu.
Namun sambutan kehadiran Najib itu tidak sehebat sambutan kehadiran Dr Mahathir.
Beliau juga memberitahu setakat ini Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan tidak pernah membuat lawatan rasmi ke UIAM, sebaliknya hanya menghadiri program universiti itu yang diadakan di luar kampus.
No2umnO - Tahun 1999 ke tahun 2004, Ketika itu Mahathir sebagai Perdana Menteri dan kejatuhan beliau setelah Anwar disingkir. Rekod buruk kronisme dan nipotisme menyumbang kejatuhannnya. Kosot masai ... pening kepala. Bila Dollah Badawi menjadi PM, persepsi tidak berubah sehinggalah kritikan beliau terhadap kepimpinan UMNO dan BN. Selepas itu baru namanya naik semula. Namun sedikit tercalar semua setelah isu VK Lingam di timbulkan. Dia bilang ..... LUPA, LUPA, LUPA. Tapi ia tidak menjejaskan kredibilitinya ketika beridea dan mengkritik tentang kepimpinan BN.
Resepi politik hari ini ........ Mahu jadi famous? Anti BN dan UMNO. Anda bakal menjadi pemimpin yang dijulang. Aku? Masih menulis seperti ini.
0 comments:
Post a Comment