KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 17, 2008

TIDAK MUSTAHIL BOLEH TUBUH KERAJAAN-SUARA RAKYAT

CUBA FIKIR TIDAK MUSTAHIL BOLEH TUBUH KERAJAAN-SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT
wrlr.blogspot
GAGASAN BARISAN ALTERNATIF MALAYSIA????MUSTAHIL?????????

PAS ,DAP,PKR,MCA,MIC,GERAKAN,.................

Membaca tulisan Badrul Hisham Abdul Aziz dalam website Agendaily yang memperlekehkan usaha parti Barisan Alternatif untuk mendapatkan 148 kerusi Parlimen , agak memualkan. Penulis upahan ini memang lah senada dan sesuara dengan lain-lain akhbar arus perdana. Maklumlah kerja cari makan dengan menulis bukan mudah, tambahan pula nak bayar macam-macam yuran dan kenaikan harga barang serta tol.Silap-silap parti yang beliau bela akan menaikkan lagi harga tol,minyak dan seterusnya Badrul Hisham pun kena penaya dengan parti yang beliau bela.Kalau dapat sebuah mahligai,atau dikecualikan dari membayar tol, dan harga gula kurang 10 sen dari rakyat biasa, saya kira ramai lagi yang akan menulis mengutuk Anwar Ibrahim,Hj Hadi,LimKit Siang.Tapi kita tinggalkan saja lah soal-soal ini. Nak buat macamna ....dah jadi wartawan upahannnnn.

Baiklah, memang dalam dunia ini sesuatu yang ajaib akan berlaku.Malah banyak benda yang pelik-pelik pun berlaku.Tak payah ceritalah benda-benda pelik dalam dunia ini.Apa nak hairan sangat dengan benda-benda pelik. Datuk Radzi 20 tahun dulu keluar UMNO,masuk balik jadi menteri,Datuk Khalid pun sama juga,Datuk Shahril Samad pun sama. Dalam politik mana ada yang pelik saudara Badrul.Mahathir dengan Anwar, siapa sangka akan bergaduh.Begitu juga siapa sangka Anwar tak boleh jadi PM sampai Pak Lah boleh jadi PM.Benda-benda dan perkara yang pelik dalam politik ni,tak boleh kita tentukan. Siapa akan kata MIC akan selamanya dengan UMNO.Siapa sangka MCA dan GERAKAN akan sentiasa dengan UMNO. Boleh jdi MIC,MCA,GERAKAN join dengan PKR,PAS dan DAP membentuk Barisan Alternatif Malaysia.BAM , maka terlupalah akan rakyat dengan BN yang telah tua dan pudar. lagi pula mengikut statistik pilihanraya tahun 1999, UMNO memang kalah teruk dari segi undi untuk orang-orang Melayu . Rujuklah mana-mana kajian ilmiah yang telah dibuat baik UMNO mahupun PAS.

Pendek kata kalau pembangkang dapat 90 , iaitu Pas dan DAP , tak termasuk lagi PKR kerusi kerana rakyat dah meluat sangat dengan pimpinan pemerintah yang ada hari ini termasuklah tulisan Badrul Hisham dalam Agendadaily, maka, BN pun sudah pastinyalah tak dapat Majoriti 2/3 juga. Maka kerana itu, kerajaan campuran terpaksa dilakukan, dan akhirnya parti-parti komponen BN akan keluar parti, misalnya MCA, kerana peniaga cina pun rasa susah nak berniaga sekarang ni. Harga barang mahal, kedai makan ada yang hampir-hampir gulung tikar kerana orang cuba berjimat dan makan di rumah.Barang mahal orang tak sanggup membeli , malah yang masih boleh diguna, akan diguna lagi.

Kaum India yang memang tak akan memangkah lagi MIC.Kalah la pula di kawasan-kawasan dimana selama ini pengundi India memberi undi untuk BN,maka MIC pun istiharlah keluar BN.Yang tinggal akhirnya parti UMNO sahaja, Maka jenuh jugalah Badrul Hisham nak dapat duit upahan tulis artikel untuk cari makan dengan agendedaily kerana pada masa itu Anwar dipilih sebagai Perdana Menteri,dan beliau pun menurunkan harga minyak.Rasanya boleh dilakukan kalau dicongak-congak dan dikaji dan diteliti dengan pemikiran yang dangkal sekali pun.Anwar pun 9 tahun juga jadi Menteri Kewangan, takkan dia tak tahu langsung. Malah kalau dilihat rekod pentadbiran beliau harga minyak lebih kurang harga sekarang di pasaran antarabangsa, tapi tak naik harga.

Kita buat andaian macam ini lah. PAS menang 45 dari 60 kerusi Parlimen,DAP menang 30 dari 40 kerusi Parlimen...PKR menang 10 kerusi Parlimen....masuk MCA 30 kerusi Parlimen ,Masuk Gerakan 6 kerusi dan juga MIC yang akan berpaling tadah dari BN mendapat 4 kerusi Parlimen termasuk Dato Sri Sammy Vellu yang hilang keyakinan dibawah pentadbiran Abdullah Badawi, kerana harga barang yang naik mencanak tidak dapat membantu kaum India di Malaysia, maka yang tinggal hanya UMNO sahaja yang akan mentadbir Johor, Maka perkara mustahil yang Badrul Hisham tulis tadi, menjadi kenyataan akibat kurangnya keyakinan parti-parti komponen BN dibawah UMNO, hilang juga keyakinan di bawah pentadbiran Abdullah dan Dato Najib, maka Badrul Hisham akan gigit jari juga.Oleh Kerana keyakinan kaum India dan kaum Cina kepada Anwar Ibrahim yang akan menurunkan harga minyak dan harga barang keperluan, mereka keluar dari BN.

Perkara ini tidak mustahil.banyak yang berlaku diluar negara, terutamanya di negara-negara Barat sebelum mengamalkan sistem 2 parti.Parti kecil boleh menjadi parti yang besar kerana hilangnya keyakinan dan rakyat yakin kepada kekuatan dan karismatik pemimpin yang akan bertanding. Takkan PKR tak Menang satu kerusi pun di Malaysia ni dan Anwar telah menyatakan bahawa lepas edah bulan April beliau akan bertanding di Parlimen yang akan menang, paling busuk pun di Permatang Pauh.Jadi boleh lah beliau menjadi Perana Menteri kalau apa yang dijelaskan tadi tentang perkara yang mustahil tadi, sebagaimana yang mustahil untuk di congak oleh Badrul hisham.Mungkin tidak pilihanraya kali ini, mungkin kali yang ke 15, mungkin ke 18, mungkin ke 20.Lambat atau cepat, mustahil atau tidak,bukan kuasa kita.Tapi hari ini SPR , Mahkamah, ditentukan oleh taukeh-taukeh judi.Rakyat hilang pertimbangan, peluang ketrja tidak ada.Nak tulis di website , tak banyak yang baca.Namun masa akan datang era langit terbuka akan terus terbuka.Masa akan tetap berjalan dan perubahan akan tetap berlaku juga.

Dalam politik mana ada mustahil.Tak ada yang mustahil.MIC , GERAKAN, MCA hanya wujud ketika di zaman British. Sekarang era itu semua dah habis. Yang orang kenal ialah Era Fazirra, Era di mana semangat British menjajah bangsa di Malaysia dah habis. Kini rakyat Malaysia mempunyai satu kelas pemikiran yang mahukan semuanya sama rata tanpa ada batasan perkauman. Ya memang betul hak keistimewaan Melayu perlu tetapi adakah UMNO melindungi hak kaum Melayu, kalau dahulu Brtitish tolong jaga, kini UMNO tolong jual.Biasiswa diperkenalkan Tunku dan Razak, Kini Mahathir dan Paklah alias UMNO bagi pinjaman.Dulu sekolah agama dapat bantuan ,UMNO tarik balik bagi buka unversiti swasta yang bertimbun,orang Melayu tak mampu masuk.Dulu bahasa Inggeris bahasa kedua, UMNO ubah jadi Bahasa Inggeris untuk anak-anak peneroka terkial-kial nak faham bahasa INggeris.Peluang berniaga untuk rakyat, orang UMNO sapu bagi ketua bahagian dan cawangan.

Nak senarai lagi apa yang UMNO dah buat pada orang Melayu, memang banyak, sampai bangsa Melayu jadi bangsa kelas 3 dari segi pendapatan perkapita.Itu UMNO perintah.Negeri majoriti Melayu,Bangsa Melayu paling miskin.Terengganu misalnya,ada minyak.UMNO perintah,lingkup juga.Johor,Melayu perintah, jual pasir dan ayer pada Singapura, beli balik dengan harga yang mahal.Berapa banyak peniaga Melayu akan dapat di wilayah Pembangguna Iskandar.pasir pun jual.itu cerita lama,sehinggkan Mahathir naik bengang.Eloklah bangang semuanya......punya nak perintah jual agama,bangsa,tanah pun sanggup.Apa lahhhhhhhhhhhhhh

Jadi saudara Badrul Hisham renung-renungkanlah...................tak mustahilkan???????????

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive