KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 17, 2008

RM75 ke RM80 setahun nilai WARGA FELDA?

Peneroka dapat skim insurans kelompok
kosmo

TEMERLOH - Berkuat kuasa 1 Mac ini, para peneroka Felda di seluruh negara akan dilindungi Skim Insurans Berkelompok berkonsepkan syariah, demikian diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Timbalan Perdana Menteri berkata, polisi premium berkelompok itu melibatkan pembiayaan kira-kira RM9 juta setahun dan premium setiap peneroka adalah di antara RM75 ke RM80 setahun.

"Premium tahunan ini akan ditanggung sepenuhnya oleh Felda dan tiada sebarang premium dikenakan ke atas peneroka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perhimpunan Bersama Rakyat dan Penyerahan Suratan Hak Milik Tanah Felda Lakum, dekat Lanchang, di sini.

Skim Insurans Berkelompok itu memberi perlindungan RM10,000 bagi setiap faedah kematian (biasa), faedah kematian akibat kemalangan, keilatan kekal, keilatan kekal akibat kemalangan, keilatan separa kekal akibat kemalangan manakala sebanyak RM3,000 untuk belanja pengkebumian dan RM1,000 tuntutan rawatan perubatan akibat kemalangan.

Najib berkata, skim insurans itu bertujuan melindungi peneroka yang terlibat dalam pelbagai aktiviti di kebun dan aktiviti lain di tanah rancangan.

Seramai 503 peneroka Felda Lakum menerima Suratan Hak Milik Tanah yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri. Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob. - Bernama

No2umno - PAS buat skim insuran bukan pada musim pilihanraya. Itu lah hebatnya. UMNO dan BN buat di dalam tempoh pilihanraya. Mana yang ikhlas? Berhasilkah operasi suap warga FELDA dengan nikai RM75 dan RM80 sekepala. Itu pun tak tahu samaada punca wang dipotong dari hasil ladang atau FELDA yang beri semuanya?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive