KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 17, 2008

UMNO SIBOK CUCUK MENCUCUK SESAMA SENDIRI


Azmi kecewa, sedia bersara politik
Oleh Adha Ghazali dan Rashidi Karim
bharian

KANGAR: Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Seri Azmi Khalid, 64, yang kecewa dengan suasana politik Umno Perlis bersedia untuk bersara daripada arena politik.

Hasrat itu disuarakan Azmi, semalam berikutan kenyataan didakwanya menghina beliau yang dikeluarkan baru-baru ini menyatakan bahagian Padang Besar tidak mencalonkan namanya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac ini.

Azmi ketika diminta mengulas niatnya itu berkata, sesetengah pihak tidak pandai menghormati orang lain. Mereka sanggup keluarkan kenyataan yang menjejaskan imej dan maruah orang lain, termasuk dirinya.

"Kenyataan seperti itu membuatkan saya terdetik untuk bertindak hingga timbul dalam fikiran untuk bersara daripada arena politik.

"Ada pihak yang bercakap supaya jangan jatuhkan maruah orang tetapi itulah yang dilakukannya. Saya pantang jika berlaku begitu, apa lagi terhadap diri saya.

"Bagi saya, semua orang perlu menghormati orang lain dan berfikir secara waras sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan prinsip orang lain," katanya di sini, semalam.

Bagaimanapun katanya, jika Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, masih mahukan khidmatnya, beliau terpaksa akur dan bersedia bertanding di mana-mana tempat di negeri ini.

Baru-baru ini, Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim, dalam satu kenyataan, berkata beliau sanggup mencalonkan Azmi dan Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-12, walaupun nama mereka tidak dicalonkan bahagian masing-masing.

Shahidan sekali lagi mengulangi kenyataan sedemikian semalam, ketika diminta mengulas kemungkinan nama Azmi dan Radzi, turut dimasukkan sebagai calon dalam senarai Perhubungan Umno negeri.

"Itu PM yang putuskan, tetapi bagi saya kedua-duanya akan tetap saya calonkan walaupun nama mereka tiada dalam senarai bahagian," katanya.

No2umno - Dalam musim pilihanraya, pembangkang hebat mengkritik parti BN dan bentuk pemerintahannya. Pemimpin BN masih berlegar dengan isu dalaman. Berbalah sesama sendiri. Azmi dengan Shahidan. PPP (Kayveas) dengan Parti komponen lain dan macam macam lagi. Rafidah dengan Azalina. Annuar Musa dengan Tengku Razaleigh. Di orang ni macam mana nak memerintah. Dengan kawan sendiri pun tak sepakat. Itu sebab, bila dapat kuasa, dia balun sorang sorang harta rakyat. Bila suruh bergambar bersama sama kepimpinan, mulut senyum sampai telinga. Bila di belakang ...... Celaka kau, celaka aku. Cucuk belakang. Politik ala sodomi.

No to UMNO, Barisan Nasional tak resional, Khairy boleh pergi, Pak Lah boleh belah......

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive