Perhimpunan bantah hapus DEB
malaysiakini
Kira-kira 1,000 orang menyertai Himpunan Melayu Selangor di Dataran Merdeka Shah Alam petang tadi sebagai membantah cadangan kerajaan campuran pembangkang di Selangor untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Perhimpunan itu yang diketuai oleh Ketua Pemuda Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus, turut menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor.
Memorandum tersebut diterima oleh setiausaha sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani.
Ia antara lain meminta menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim supaya jangan mengingkari perintah Sultan Selangor berhubung jawatan timbalan menteri besar.
Memorandum itu juga menggesa supaya bukan Melayu tidak dilantik sebagai timbalan menteri besar manakala komposisi ahli exco hendaklah mengikut nisbah 60 peratus Melayu dan 40 peratus bukan Melayu.
Memorandum itu juga mengecam pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang dituduh telah menghina ketuanan Melayu.
Berjalan secara aman
Mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut yang berjalan secara aman, terdiri daripada ahli-ahli badan bukan kerajaan (NGO) sertai dari parti-parti politik.
Anggota polis kelihatan berkawal di sekitar dataran tersebut sepanjang perhimpunan itu berjalan.
Mereka turut membawa sepanduk yang antara lain berbunyi membantah pemansuhan DEB dan mengecam DAP.
Perhimpunan itu juga dipenuhi dengan ucapan yang membantah cadangan kerajaan negeri Selangor untuk menghapuskan DEB.
Ia bermula kira-kira jam 3 petang dan orang ramai bersurai kira-kira setengah jam kemudian kerana hujan turun.
Mereka turut melaungkan slogan Hidup Melayu dan Daulat Tuanku berharap Sultan Selangor diberikan kekuatan untuk mempertahankan kepentingan orang Melayu di Selangor.
4 comments:
Cuba baca Utusan Malaysia hari ini berkatian DEB oleh PM. Hanya orang Melayu yang tidak ambil peduli.
"Mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB), Abdullah menjelaskan, DEB sudah berakhir pada 1991 dan digantikan dengan Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen) yang memperkenalkan banyak dasar untuk dilaksanakan".
DEB sudah pun berakhir 18 tahun sudah.
Berkaitan DEB oleh PM, saya mohon maaf tetapi dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 10 Mac 2008.
"Mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB), Abdullah menjelaskan, DEB sudah berakhir pada 1991 dan digantikan dengan Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen) yang memperkenalkan banyak dasar untuk dilaksanakan".
ini kah budaya kite? mungkin budaya UMNO !! Dah lah kalah tapi masih tak tau erti malu!!!PARTI UTK KORANG AJAR
Inilah Melayu yang baru terjaga. hakikatnya masih tidor. Kalau betul nak jaga DEB, nun di WPI tuh.. terang2 tolak DEB apasal korang tak gi demo kat sana?
Ada udang sebalik seurat mee... tak payah lah.. budak2 pun tau niat korang.
Post a Comment