Habuan awal pengundi S'ngor 31 Mac?
Malaysiakini
Bayaran pertama janji-janji kerajaan baru Selangor akan dibuat pada 31 Mac ini, demikian menurut borang-borang yang disebarkan di negeri itu selepas ia jatuh ke tangan pembangkang.
Borang tuntutan bayaran itu dilampirkan bersama manifesto peringkat negeri pakatan PKR-PAS.
Manifesto negeri itu, antaranya, berjanji memberi bantuan RM75 sebulan kepada anak yang dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak, RM50 sebuah setiap orang untuk pendidikan prasekolah, membuka tabung permulaan RM100 bagi anak kelahiran Selangor, dan hadiah R1,000 kepada anak negeri yang berjaya menyambung pelajaran ke universiti.
Seseorang yang telah memuatkan butiran lengkap peribadi, termasuk nama isteri dan jumlah tanggungan, seperti di borang tersebut diminta "hantar kepada ketua (parti) Keadilan/PAS cawangan yang berdekatan."
"Pembayaran pertama pada 31 Mac ini," keterangan di borang fotokopi berlogokan PKR dan PAS dipetik.
Borang itu juga mencatatkan, "pembayaran akan dibuat di Pejabat Daerah atau wakil di setiap cawangan-cawangan parti"
Bagaimanapun borang tuntutan itu bukannya rasmi dan, satu sumber PKR memberitahu Malaysiakini, disebarkan secara palsu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Semalam, Persatuan Anak-anak Kelantan di Perantauan (Perakan) menafikan pihaknya menganjurkan ceramah di Stadium Shah Alam seperti tersebar meluas melalui mesej SMS.
SMS itu menyatakan ceramah tersebut dihadiri Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat minggu depan, lapor Harakahdaily.net.
Presiden Perakan, Che Ariffin Che Mahmud berkata, organisasinya tidak terlibat dalam penganjuran sebarang program pada 27 Mac ini.
Beliau dilaporkan berkata SMS palsu itu sudah tersebar di Selangor dan Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu.
PAS Perak menafikan terlibat dalam penyebaran risalah yang mendakwa ia akan menegakkan negara Islam di negeri itu dan memperkenalkan beberapa dasar seperti dilaksanakan di Kelantan.
Risalah itu yang menggunakan nama dan logo PAS, antaranya, mendakwa kerajaan negeri yang diketuai wakil PAS Ir Mohamad Nizar Jamaluddin akan menutup pusat hiburan dan judi. .
Ia juga mendakwa PAS akan memperkenalkan undang-undang Hudud apabila situasi politik sudah stabil.
Ketua penerangan PAS negeri, Misbahul Munir, dilaporkan telah membuat laporan polis Ahad lalu.
Mar 19, 2008
UMNO CUBA ROSAKKAN NAMA BA
Labels: Belit BN Belit UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
apa la puak meno nih..?? org tak mintak pon, dorg rajin sgt...masa ade kose tak tau buat kerja!! tula akibatnya suka suki menyibuk hal org, manifesto org pon puak2 terdesak nih slh tafsir.........birat betol kebodohan korg!!!
Post a Comment