KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 19, 2008

KERAJAAN GUAN ENG BERI BONUS PADA GURU AGAMA PULAU PINANG

P. Pinang Beri Bonus RM879,000 Untuk Guru KAFA
bernama
PULAU PINANG, 19 Mac (Bernama) -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memperuntukkan RM879,000 untuk bayaran bonus kepada 1,465 guru Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) termasuk 11 orang penyelia.

Timbalan Ketua Menteri I, Mohammad Fairus Khairuddin bagaimanapun berkata kaedah pembayarannya masih belum ditetapkan.

"Bantuan tambahan ini bagi memudahkan tugas guru KAFA dan sebagai menghargai pengorbanan mereka dalam memberi pendidikkan kepada anak-anak kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat exco kerajaan negeri yang pertama selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Kini guru KAFA di Pulau Pinang menerima HANYA elaun RM500 sebulan.

Mohammad Fairus berkata pembayaran bonus itu akan dibuat mulai 1 April.

Selain itu beliau berkata kerajaan negeri akan memastikan proses peralihan kuasa bagi mentadbir Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Kemas dari kerajaan lama kepada kerajaan baru, berlangsung dengan lancar.

"Ini adalah untuk memastikan kepentingan penduduk setempat tidak tergugat dan kebajikan anak-anak mereka untuk mendapat pendidikan awal dapat diteruskan," katanya.

5 comments:

Anonymous said...

Saya rasa kerajaan baru Perlis juga patut berbuat demikian.

Anonymous said...

Nak bodek undi lah tu, biasa lah
DAP.hass

Anonymous said...

tu bukan bodek la bodoh...tu kire macam menhargai ape yang guru2 tu dah buat...

Anonymous said...

sebenarnya yang RM500.00 tu kerajaan pusat yang bagi... kenapa mudah sgt termakan dgn tipu helah DAP ni... yang DAP bg RM50.00 utk tambah tu yang nak dilaungkan sgt.. camana yg kerajaan pusat bg RM500.00 selama ni... Jgn jd manusia yg x mengenang budi, so skrg guru2 KAFA kat penang hidup la dgn alaun tambahan Guan Eng tu.... K'jaan pusat akan tarik balik yg RM500.00 tu...

Anonymous said...

Tak kira dari mana, semua tu duit rakyat. Jangan tak dapat dah.....Kita bimbang, duit tu dibaham oleh pemimpin je. Itu lagi haru ....

Posting terkini

Blog Archive