KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 19, 2008

Keranda Dan Liang Lahad Sudah Sedia Untuk Umno

alhusseyn51.

Sebentar tadi saya melihat di berita TV,Radzi Sheikh Ahmad, yang digugurkan dari jawatan menteri, mengumumkan perletakan jawatan sebagai Setiausaha Agung Umno. Kuda Kepang ada menulis tentangnya di sini

Rafidah Aziz juga telah turut meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno dan beritanya telah diumumkan menerusi berita TV jam 2.00ptg sebentar tadi hari ini.

Datuk Anifah Aman membuat kejutan apabila menolak pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan dalam barisan baru Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Laporan Bernama disini

Sementara itu, Ibnu Hashim menulis :

“Berita terbaru menurut Dato’ Seri Anwar, sudah 2 ahli parlimen menyokong kita sekarang. Kita akan umum sikit masa lagi. Kita hampir kuasai parlimen sebulan dua lagi…” Kata YB Azmin dengan penuh keyakinan. Disambut dengan tepukan bergemuruh. (Sila lihat blog saya ‘Teori Anwar Jadi PM Beberapa Bulan Lagi..’ Mac 08.)

Penubuhan Kabinet baru pentadbiran Abdullah Badawi menyaksikan penyingkiran Rafidah Aziz, Tengku Adnan Mansor, Datuk Jamaluddin Jarjis, Datuk Azmi Khalid dan Datuk Radzi Sheik Ahmad adalah umpama menempah keranda untuk Umno.

Ditambah pula dengan persedian liang lahad apabila Muhammad Muhammad Taib , bekas MB Selangor yang melakar sejarah kerana memikul 1.3 juta Dollar Australia ke hulu ke hilir di Australia dulu dan mengusung puteri Raja Selangor lari ke Siam dan telah direjek oleh rakyat Selangor, dilantik menjadi menteri!

Keranda dan liang lahad sudah siap sedia untuk menerima Umno dikuburkan.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive