KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 19, 2008

Ghani Patail Cuba Ugut Yang DiPertuan Agong

greenboc
Oleh ahmadhadeed

Ghani Patail cuba mencampuri urusan pelantikan MB terengganu setelah gagal memenjarakan reman pemuda Trg yang di tembak di Batu Buruk. Itulah apa yang sedang berlaku sekarang. Campurtangan murahan ini tidak dikehendaki oleh rakyat Terengganu dan consultation guaman percuma perkaitan ini tidak perlu kerana Terengganu sudah ada legal adviser dan pentafsir undang undang nya. Kita kata kepada Ghani Patail ..poorah lah. Pergi main jauh jauh.

Biasanya peguam negara muncul membuat statement atau advise jika berlaku kes di mana pulau hendak di curi orang atau harta rakyat di rampas orang tetapi Si Ghani Patail ini memang lah peguam yang tak tahu beraksi. Yang layak bercakap berkaitan isu siapa lebih layak trg ialah hakim besar atau petafsir undang undang peringkat negara bukan nya Ghani patail

Argument patail penuh dengan unsur unsur pepecahan kerana terdapat katanya yang mengatakan seolah olah Sultan Mizan campur tangan dalam pelantikan MB. Patail tak tahu ke , pemangku sultan sekarang adalah anak Sultan Mizan dan sebagai anak dan pemangku sultan sudah tentu tugas ayah menasihat anak. Pemangku sultan bebas mendapat nasihat dari semua pihak termasuk ayahanda nya. Meletakkan sultan mizan didalam nagative begini adalah kurang ajar dan menghina rakyat terengganu.

Apa yang hendak di katakan oleh Patail ialah ayat ini 'Proses pelantikan Menteri Besar merupakan satu proses yang ditentukan oleh Undang-Undang sebagaimana yang termaktub dalam Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu.'. Ayat itu adalah ayat yang memberi peluang kepada idris jusoh menggugut ADUN umno trg dan menggunakan undian majoriti ini untuk menekan pemangku raja mengambil Idris sebagai MB trg. Ini lah matlamat akhir Patail iaitu itu menjadi barua Idris bagi melayakkan bekas MB yang di benci oleh rakyat trg itu menjadi MB sekali lagi.

1 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...sekadar ingin menambah fakta... Mmg benar anakanda baginda Sultan dimasyhurkan menjadi Pemangku Raja... Namun begitu anakanda baginda (Tengku Muhammad Ismail) belum mukallaf yakni cukup umur untuk menjalankan kewajipan Pemangku Raja.. Maka, tiga ahli Majlis Penasihat Pemangku Raja dilantik yang diketuai oleh adinda Sultan Mizan, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman, bapa saudara Sultan Mizan, Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Ismail dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman (sudah tamat perkhidmatan pada akhir Disember 2006...mungkin sudah dilantik ahli baru).

Ia selaras dengan syarat (2) Fasal 16 AA Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Kedua) yang memperuntukkan bahawa sekiranya Pemangku Raja ialah Waris Ganti yang belum Mukallaf, Duli Yang Maha Mulia Sutan hendaklah melantik suatu Majlis Penasihat Pemangku Raja untuk menjalankan kewajipan Pemangku Raja.

Antara tugas majlis tersebut ialah menjalankan kewajipan Sultan dengan kuasa pemutus kepada Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja setelah berbincang dengan semua ahli.

Posting terkini

Blog Archive