KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 19, 2008

Kereta Ketua Puteri UMNO dipecah perompak

http://mstar.com.my/cms/storage/images/com.tms.cms.image.Image_232a2197-c0a85062-97d5ad00-d8793249/1/U11111.jpg

Utusan Merapu
KUALA LUMPUR 18 Mac – Kereta milik Ketua Puteri UMNO yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad dipecah oleh dua perompak yang melarikan komputer riba dan radio dalam kejadian di Taman Tun Dr. Ismail di sini pagi ini.

Kejadian malang menimpa Noraini itu berlaku pukul 8.30 pagi, kurang empat jam sebelum pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tengah hari ini.

Dalam kejadian itu, kedua-dua perompak dipercayai menaiki motosikal berwarna merah memecahkan cermin pintu kereta Noraini sebelum mengambil komputer riba dan radio bernilai kira-kira RM10,000.

Noraini yang ditemui di sini hari ini memberitahu, semasa kejadian beliau sedang membeli barangan di Pasar Taman Tun Dr. Ismail yang tidak jauh dari kediamannya.

Tambahnya, beliau dan pemandunya kemudian membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail.

“Pada sebelah pagi saya dirompak... tengah hari pula saya dilantik menjadi timbalan menteri, kejadian itu takdir daripada Allah dan tentu ada hikmahnya,” katanya.

Noraini yakin ia adalah kejadian rompakan biasa dan tiada kaitan dengan motif lain.

Sementara itu, pemandu peribadi Noraini yang tidak mahu dikenali memberitahu, beliau berada 100 meter dari kereta itu dan tidak menyedari kejadian itu sehingga terdengar bunyi kecoh berdekatan kenderaan berkenaan.

Menurutnya, dua saksi mendakwa ternampak dua lelaki berusia lingkungan 20-an memecah cermin kereta itu sebelum mereka memanggil seorang pengawal keselamatan rumah kedai berhampiran.

“Pengawal keselamatan itu bergelut dengan kedua-dua perompak terbabit namun telah dipukul dengan kayu sebelum mereka melarikan diri,” ujar pemandu tersebut.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive