KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 19, 2008

Rafidah letak jawatan Ketua Wanita?

http://www.umno-reform.com/20rafidah.jpg

klpos

KL:Pengumuman jemaah menteri oleh Perdana Menteri hari Selasa yang tidak menyenaraikan wakil Wanita UMNO menyaksikan pergerakan itu mengadakan mesyuarat exco tergemparnya hari ini yang difahamkan bersetuju untuk membuat rayuan berhubung kedudukan wakil wanita di dalam kabinet.

Selain itu, salah seorang exco wanita yang ditemui selepas mesyuarat exco pergerakan itu berkata, Ketuanya, Datuk Seri Rafidah Aziz turut menyatakan kemungkinan beliau akan meletakkan jawatan sebagai ketua pergerakan itu.

Rafidah yang mempengerusikan mesyuarat tersebut di ibu pejabat Wanita UMNO di Menara Dato' Onn Kuala Lumpur bagaimanapun mengelakkan diri daripada ditemui wartawan.

Difahamkan juga sekumpulan exco dan ahli-ahli wanita UMNO telah pergi ke Putrajaya dalam usaha untuk menemui Perdana Menteri bagi menyatakan rasa tidak puashati mereka berhubung dengan ketiadaan wakil Wanita UMNO di dalam kabinet.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive