KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 19, 2008

Kisah Kak Fidah Dan Khir Toyo

alhusseyn51

Dalam posting saya sebelum ini, saya sebut Kak Fidah kita ni dah letak jawatan Ketua Wanita Umno Malaysia, rupanya saya tersilap!

"Saya dipilih oleh 1.3 juta Wanita Umno, dan menang tanpa bertanding. Kalau saya dilantik, saya pun akan letak jawatan," demikian jawapan yang diberikan Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz mengulas perletakan jawatan bekas setiausaha agung Umno dan Barisan Nasional Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad pada pagi Rabu. Rafidah kesal dan kecewa, tetapi tidak letak jawatan

Nampaknya PM Abdullah telah mengecewakan 1.3 juta Wanita Umno! Rasanya ini kali kedua wanita Umno dikecewakan oleh PM Abdullah.Malah PM Abdullah turut mengecewakan Puteri Umno. Wanita dan Puteri Umno sebelum ini berasa sangat kecewa apabila PM Abdullah tidak memilih dari kalangan mereka untuk dijadikan isteri.


Mstar online melaporkan : Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dijangka mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor pada mesyuarat Umno negeri Rabu malam.


Bekas Menteri Besar Selangor itu ketika dihubungi melalui telefon mengesahkan perkara itu, tetapi enggan mengulas lanjut kerana pengumuman rasmi mengenai perletakan jawatannya itu hanya akan dibuat selepas mesyuarat berkenaan.

Khir Toyo sepatutnya bersabar dahulu.Dia patut tunggu sedikit masa lagi supaya majlis penganugerahan yang cadangkan sebelum ini dapat dilakukan dengan penuh adat istiadat negeri berstatus maju ini.Siapakah pula yang patut terima Anugerah Penyapu Toyo kalau khir dah membawa diri?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive