MELAKA 10 Mac -Kanak-kanak dikenali Pak Lah meninggal Kanak-kanak lelaki yang namanya sama seperti PerdanaMenteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, meninggal dunia akibatpenyakit leukemia di Hospital Melaka hari ini.
Abdullah Ahmad Badawi, 9, meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi selepas menderita penyakit tersebut sejak dua tahun lalu.
Bapanya, Abdul Rahman Mahmud, 44, berkata, dia reda dengan kehendak Allah yang lebih menyayangi anaknya itu yang lebih mesra denganpanggilan Pak Lah setelah pelbagai usaha dilakukan untuk mengubatinya.
''Alhamdulillah, dua minggu lalu, saya sempat penuhi semua permintaan arwah untuk berjumpa dengan semua keluarga yang rapat dengannya termasuk membelikannya sebuah kereta kawalan jauh,'' katanya kepada para pemberita di rumahnya di Taman Jaya, Padang Temu di sini hari ini.
Kanak-kanak itu yang merupakan anak ke-10 daripada 11 adik beradik meninggal dunia di sisi ibu bapa dan adik beradiknya yang juga memiliki nama menyerupai nama pemimpin negara iaitu kakaknya, Siti Rafidah, 13,dan adiknya Mahathir Mohamad, lima tahun.
Adik beradiknya yang lain ialah Siti Maisara, 24; Mohd. Al Hafiz,22; Siti Nurul Aini, 21; Mohd. Al Najib, 19; Mohd Al Arif, 18; SitiHajirah, 17; Muhammad Al Bunyamin, 15, Mohd. Al Azim, 13 dan Azaharem,6.
Menurut Abdul Rahman, anaknya itu mulai sakit teruk awal Februari lalu dan sempat menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di SubangJaya.
''Sebaik saja dia pulang ke sini, dia sempat tinggal dua hari sajadi rumah sebelum diserang demam dan dimasukkan ke wad di HospitalMelaka selama 16 hari dan meninggal dunia pagi ini," katanya. Sementara itu, abang Abdullah, Al Azim berkata, sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi ini, adiknya sempat berbisikdi telinganya mengatakan sesuatu.
''Sedang saya duduk di sisinya, tiba-tiba dia tarik saya dan berbisik sambil menunjukkan tangan ke atas mengatakan dia nampak sesuatu. Saya hanya mampu menganggukkan kepala sebelum dia terdiam dan tersenyum melihat saya," katanya.
Jiran arwah, Mohd. Husaini Hussin, 16, berkata, dia sedih dengan kehilangan seorang kawan yang ceria dan suka berkawan semasa arwah masih sihat.
''Kami semua sangat sedih dengan kehilangannya apatah lagi dia merupakan pemain kompang termuda di taman ini. Selepas ini kami semua pasti merinduinya terutama apabila berkumpul bermain kompang setiap kali ada majlis kenduri atau keraian," katanya.
Seorang rakannya, Mohd. Sazlie Salleh berkata, dia pasti akan terasa sunyi kerana sebelum ini sering bergurau dengan Abdullah yang pintar kerana pandai bertutur bahasa Cina dan Inggeris dengan baik. ''Dia juga pandai baca surat khabar dengan lancar walaupun hanya sempat sekolah setakat darjah satu," katanya.
Mar 13, 2008
AL-FATIHAH.. PAK LAH MENINGGAL DUNIA.
Labels: Alfatihah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salamualaikum raden...!
jangan lah membuat perbandingan nama pada org yang dah meninggal, dengan orang yang masih hidup.kita orang yang ada agama bukan cara kita menghina orang hingga ketahap itu. benci boleh benci tapi ada had nya.yang pasti kita dah menang 5 negeri dan 1 wilayah!
Bagi pendirian saya,kita tak perlu risau dengan Pak Lah dan khairy....! Kerana Pak Lah dan Kahairy bagi saya ada sifat yang boleh bertolak ansur dan bertoleransi. Tapi tidak ada sifat ini pada Najib dan Mukriz,Yang mana perlu kita berhati-hati adalah.Mereka ni yang perlu kita tekan hingga maksima.
kenapa saya kata begitu sebab2nya :
1) Najib adalah Pengarah pilihan raya BN yang telah menjatuhkan Pak lah dalam diam.
2)Najib,mukriz dan kroni2nya telah menggunakan laman2 dan blog2 parti pembangkang untuk mengutuk dan memaki PAK LAH dan Khairy,untuk menyenang kan mereka mengambil alih kuasa dan jawatan
3)Tun adalah penasihat dan sanusi junid adalah agent yang mengunakan kekayaan dan kroni2 mereka untuk menjatuhkan Pak Lah dan Khairy.
4)Najib dan mukriz adalah kalangan manusia lahir kedunia ini yang hidupnya memang senang dan tidak erti susah dalam hidup mereka.dan mereka ini adalah yang suka membalas dendam tidak kira rakan atau RAKYAT.
Dengan ini kerajaan BA harus memantapkan kekuasaan yang ada untuk tidak terlepas pada BN akan datang. jika terlepas pada BN pada pilihanraya akan datang,sudah pasti rakyat akan ditindas dengan rakus oleh mereka(NAJIB,Mukriz dan Kroni2nya).Bagi saya mereka ini adalah musuh yang kejam dalam diam yang perlu kita berhati2.
Saya hanya menyampaikan apa yang saya tahu dan lihat permainan mereka berdua.
Yang saya harap Kerajaan BA dapat mengeratkan sifat setiakawan.kejujuran dan perjuangan yg ikhlas buat rakyat. tidak kira siapa yang menjadi menteri dalam kerajaan BA yang pasti rakyat terbela.
Rakyat memang ingin kan pembelaan setelah mereka terseksa dengan janji2 kosong oleh BEE END
Ahmad.K.L
Kanak-kanak dikenali Pak Lah meninggal
MELAKA 10 Mac - Kanak-kanak lelaki yang namanya sama seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, meninggal dunia akibat penyakit leukemia di Hospital Melaka hari ini.
Abdullah Ahmad Badawi, 9, meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi selepas menderita penyakit tersebut sejak dua tahun lalu.
Bapanya, Abdul Rahman Mahmud, 44, berkata, dia reda dengan kehendak Allah yang lebih menyayangi anaknya itu yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah setelah pelbagai usaha dilakukan untuk mengubatinya.
‘‘Alhamdulillah, dua minggu lalu, saya sempat penuhi semua permintaan arwah untuk berjumpa dengan semua keluarga yang rapat dengannya termasuk membelikannya sebuah kereta kawalan jauh,’’ katanya kepada para pemberita di rumahnya di Taman Jaya, Padang Temu di sini hari ini.
Rujuk: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0311&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm
Post a Comment