Upacara angkat sumpah MB Perak dibatalkanTidak capai kata putus. Kecoh ..... itu biasa. Masalahnya kita terbiasa dengan budaya UMNO dan BN memerintah selama ini. Makanya kalau ada kelewatan dan kekecohan yang berlaku, luar biasa di dalam satu kerajaan. Sedangkan kita tidak fikir bahawa budaya BA tidak sama dengan budaya BN.
Malaysiakini
Upacara mengangkat sumpah menteri besar bagi kerajaan campuran pembangkang di Perak telah dibatalkan.
Majlis tersebut dijadual diadakan pada jam 4 petang di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Penangguhan itu diumumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Seri Raja Mansor Raja Razman di Istana Iskandariah.
Tiga calon jawatan menteri besar telah mengadakan perjumpaan dengan pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Istana Kinta di Ipoh petang tadi.
Manakala upacara angkat sumpah dijadual pada jam 4 petang di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.
More...
BN terkenal dengan kuku besinya. Kuasa diktator yang dipegang oleh seorang Perdana Menteri. Bila seseorang itu mencabar keputusan, maka masa depannya turut gelap. BUdaya itu tidak boleh dicontohi kerana apa yang berlaku pada pilihanraya baru baru ini menjadi bukti yang jelas. Apabila wakil dan calun di paksa untuk bertanding dan tidak bertanding. Maka kacau bilau berlaku di akar umbi parti tersebut.
Berlainan dengan parti BA yang mempunyai ramai kepala. Perkara ini akan selesai selepas semuanya mencapai kata putus. BA tidak mempunyai budaya takut, bodek dan angguk seperti BN makanya, kita perlu berikan masa untuk mereka selesaikan semuanya dengan cara yang terbaik. Mungkin Media akan mengambil kesempatan, itu perkara biasa. Mereka diupah untuk melakukan semua kerjan ini. Cuma sejauh mana kita mampu bertahan dan tidak terbawa bawa dengan emosi.
Apa yang membuat wak yakin adalah kerana Sultan Perak adalah antara Sultan yang bijaksana. Maka baginda lebih tahu apa yang perlu di lakukan. Tindakan baginda tidak semberono. Semua yang dilakukan adalah untuk kesejahteraan rakyat seluruhnya, tidak kira bangsa atau agama. So.....kita serahkan kepercayaan kepada Baginda Sultan untuk selesaikan masalah ini. Sebagai rakyat, kita pasang telinga dan tawakkal. Tugas kita sudah selesai ..... orait?
2 comments:
Tugas kita tidak selesai sehingga masalah dicetuskan oleh pengacau DAP selesai. Orait? Jangan jadi bodoh.
cakap umno x nak dngar.kan nazri aziz dah kata jgn percaya kat dap tu lah padahnya.
Post a Comment