KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 1, 2008

BONGKAR !!! Calun BN Kedah gelapkan wang zakat RM400,000

Helmi Khalid
harakahdaily

ALOR STAR, 29 Feb (Hrkh) - Lagi skandal penyelewengan dan salah guna kuasa pemimpin Umno yang menjadi calon BN Kedah dalam pilihan raya kali ini terbongkar, kali ini melibatkan wang zakat sebanyak RM400,000.

Kenyataan Abdullah Badawi kononnya calon tajaan BN kali ini telah melalui beberapa tapisan hanya cakap bohong, kerja jahat melarikan wang Jabatan Zakat Negeri ini dilakukan oleh salah seorang pimpinan politik tertinggi negeri ini.

Jika Che Omar Saad, calon BN Dun Bukit Pinang terpalit dengan kes menggelapkan wang koperasi guru, perbuatan ini lebih jijik kerana ia adalah wang untuk golongan yang selayaknya menerima seperti anak yatim dan fakir miskin.

Difahamkan, wang zakat bernilai RM400,000 ini disalurkan oleh sebuah syarikat untuk Jabatan Zakat Negeri Kedah melalui pemimpin ini, bagaimanapun wang yang diterima pada Disember tahun lalu itu tidak diberikan kepada jabatan tersebut hingga berita ini ditulis.


Pihak jabatan telah beberapa kali meminta wang tersebut diserahkan tetapi pemimpin berkenaan meminta jabatan meluluskan sahaja wang itu untuk beliau.

Perkara ini juga telah sampai kepada pengetahuan Tuanku Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mua'adzam Shah.

Perkara ini sukar dibendung lagi kerana jabatan sering kali dihubungi oleh syarikat berkenaan yang mahukan resit penerimaan wang RM400,000 itu bagi urusan pengecualian cukai dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Sumber memberitahu, pemimpin berkenaan menyatakan bahawa dia telah mengagihkan semua wang itu, bagaimanapun tidak dimaklumkan siapa penerimanya.

"Wang zakat bukan boeh digunakan sewenang-wenangnya, kita amat kesal dengan perbuatan pemimpin kerajaan ini, dia tidak boleh membezakan antara jawatan dan kepentingan kegunaan wang zakat, wang zakat hanya boleh diterima oleh asnaf-asnaf yang telah Islam tetapkan, bukannya untuk kegunaan peribadi," jelas sumber itu. - mns

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive