KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 1, 2008

CALUN BN WANITA TAPI IC LELAKI

PKR buat laporan polis pertikai jantina calon BN
Buletinonline

KUNAK: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kunak, Bedu Kudusa telah membuat laporan polis mempertikaikan jantina calon Barisan Nasional (BN) Kunak, Nilwan Kabang.

Dalam laporan polis berkenaan, Bedu mempertikaikan jantina Nilwan dalam daftar pemilih yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang meletakkan Nilwan sebagai wanita manakala angka akhir nombor MyKadnya pula ialah nombor genap.

Nombor genap dalam angka akhir MyKad merujuk kepada wanita dan nombor ganjil pula lelaki.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kunak ASP Zul Mukli Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan daripada Bedu kirakira 9.50 malam tadi.

Pada pilihan raya kali ini, calon BN berkenaan akan berhadapan satu lawan satu dengan calon PKR.

Pada pilihan raya 2004, DUN Kunak dimenangi calon BN Datuk Jasa Raudah yang menewaskan tiga calon lain dengan majoriti 1,923 undi.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive