Email dari atbio2020
PENGUNDI HANTU - ALAT PERAKAM VIDEO DAN KAMERA
Idea ini adalah bagi menyokong usaha yang telah dibuat oleh NGO , BERSIH yang telah menghantar surat dan memorandum ke DYMM AGUNG , memohon restu bagi penubuhan SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA , bagi menyiasat segala bentuk penyelewengan yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh SPR , sepanjang PRU ke – 12 ini.
Menurut maklumat yang diterima, satu PERHIMPUNAN AMAN anjuran BERSIH akan diadakan , sebaik sahaja pilihanraya ke – 12 berakhir , dengan kekuatan 500,000 orang . akan diadakan di Kualal Lumpur
Sehubungan dengan itu , sebagai persediaan bagi menyokong dan menyediakan bukti penyelewengan SPR sepanjang proses pengundian pada 08 mac 2008 nanti , semuanya mesti didokumenkan , samada menerusi rakaman video , gambar atau catatan bertulis.
Maka , dengan itu , kelengkapan asas seperti perakam video dan kamera perlu dikenalpasti dan dipersiapkan , mulai dari sekarang. Ia meliputi kemudahan – kemudahan yang boleh disediakan melalui :-
1. Petugas parti BA
- Setiap PARLIMEN
- Setiap DUN
- Setiap PETI UNDI
- Hebahan dalam ceramah.
- Sila buat hebahan di dalam semua ceramah , mulai malam ini hingga ke hari mengundi
- Sukarelawan – sukarelawan , penyokong dan pendokong BA yang mempunyai alat perakam video atau kamera , diminta menawarkan diri
- Daftar
3. Tugasan
- Semua petugas sukarela digalakkan supaya melaporkan diri dengan urusetia/petugas parti di setiap PETI UNDI
- Kenalpasti PENGUNDI HANTU
- Rakam , rakam wajah PENGUNDI HANTU dan persekitaran kawasan mengundi
- Semak Kad Pengenalan
- Original , milik asal PENGUNDI HANTU
- Palsu , yang dibawa dengan tujuan untuk mengundi di PETI UNDI berkenaan.
0 comments:
Post a Comment