KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 1, 2008

UMNO UGUT AHLI NYA .... PECAT !!!

Pecat pengkhianat’

KUALA LUMPUR: Ahli Umno yang khianat dan mensabotaj parti dengan ‘menikam calon dari belakang’ atau menyokong pembangkang kerana kecewa pemimpin mereka tidak terpilih bertanding pada pilihan raya umum ini, akan dikenakan tindakan tegas termasuk dipecat keahlian.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, berkata parti tidak pernah berkompromi soal kesetiaan ahli dan tindakan yang diambil terhadap golongan seperti itu pada pilihan raya umum atau kecil sebelum ini adalah bukti ketegasan berhubung perkara itu.

“Mereka (ahli Umno) yang menjadi pengkhianat, menikam dari belakang, membawa bendera pembangkang, terimalah akibatnya nanti. Dalam isu disiplin, Umno tegas termasuk memecat mereka dari parti dengan mengemukakan bukti dalam Mesyuarat Pengurusan mengenai tindakan mereka itu.

“Perkara itu sama bagi semua parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain. Pucuk pimpinan parti masing-masing juga akan mengambil tindakan serupa,” katanya ketika dihubungi di Perlis, semalam.

Beliau yang juga Setiausaha Agung BN diminta mengulas dakwaan ada jentera pilihan raya Umno masih gagal dibuka, walaupun selepas kempen bermula. Ia didakwa ada kaitan dengan tindakan ‘boikot’ penyokong kerana pemimpin mereka tidak terpilih bertanding.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak minggu lalu mengingatkan mereka yang tidak dipilih semula sebagai calon supaya menghormati keputusan pucuk pimpinan dan tidak sesekali mensabotaj parti pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac ini.

Pada Mei 2004, Umno mengumumkan mula bertindak terhadap 454 ahli yang didakwa mensabotaj parti pada pilihan raya umum pada Mac tahun sama, termasuk 22 orang dipecat secara automatik seumur hidup kerana bertanding sebagai calon Bebas. - Berita Harian


No2umno - Umno sudah semakin terdesak. Sedar bahawa percaturan calun baru baru ini telah menimbulkan suasana yang genting antara ahli UMNO. Masa depan sesetengah orang di dalam UMNO sudah tidak dapat di jamin lagi. Beruk Rembau sudah mengawal segala galanya. UMNO bakal terkubur dengan akibat pergolakan dalam yang berlaku gara gara gila kuasa menantu abdullah badawi.

Kini anggota UMNO yang tidak bersetuju diugut. Pecat mereka !!! Budaya samseng berlaku di peringkat dalaman. Tidak cuba untuk membuat penerangan dan pujuk ahli tetapi dengan amaran dan amaran.......AWAS UMNO !!! anda sedang diperhatikan. Anda sedang di nilai oleh rakyat !!!

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive