alhusseyn51
Hamzah pernah menjadi Ketua Umno Ipoh Barat. Hamzah merupakan salah seorang saksi sewaktu perbicaraan Anwar yang dilibatkan dengan dakwaan cuba menggoda isteri barunya (isteri no. 2).Dalam perbicaraan tersebut, Hamzah telah mendedahkan rakaman perbualan antara isteri barunya dengan Anwar sebagai bukti.( Gambar menunjukan Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali (tengah) dipeluk oleh calun Larut Datuk Hamzah Zainuddin sewaktu perisytiharaan nama calun Umno)
Sebenarnya ,’suara’ Anwar dalam rakaman tersebut adalah suara ‘Yusof Chong’ pelawak terkenal yang pandai meniru suara orang-orang terkenal seperti Samy Vellu, Lim Keng Yaik, Mohammad Rahmat, Ling Leong Sik, dan ramai lagi. Beliau suatu ketika dulu mempunyai siaran rancangan diTV dimana beliau telah mempamerkan kepakarannya meniru suara orang terkenal dalam negara terutamanya para pemimpin politik.
Hamzah telah meninggalkan isteri pertamanya, Nooraini, seorang yang bersopan santun seperti mana wanita kampong yang biasa untuk berkahwin dengan isteri barunya yang kelihatan lebih bergaya, seseorang yang kononnya telah dapat menggoda Anwar.
Hamzah sebenarnya mengahwini isteri barunya itu untuk dijadikan bahan ‘pertunjukan’ untuk pergi lebih jauh lagi dalam bidang perniagaan . Hamzah sebenarnya berasa dimalukan oleh isteri pertamanya kerana terlalu ‘simple’ sangat orangnya.
Hamzah kemudiannya menyuruh isteri barunya itu untuk mendampingi Anwar dan cuba memikatnya, yang ketika itu adalah Timbalana Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, untuk mendapatkan beberapa kontrak kerajaan untuk syarikatnya. Hamzah berasa yakin yang isteri glamornya itu mampu menggoda Anwar.
Tetapi Anwar berasa muak dengan panggilan telepon yang kerapkali dari isteri Hamzah itu hingga beliau mengarahkan pejabatnya supaya menyekat panggilan masuk darinya.Ini menyebabkan Hamzah marah dan kemudian menuduh Anwar cuba memikat isterinya , padahal yang sebenarnya adalah yang sebaliknya. Hamzah, sebenarnya memperalatkan isterinya supaya menggoda Anwar dengan harapan Anwar akan mempunyai hubungan sulit dengan nya dan sebagai balasannya kelak , Anwar akan memberikan kontrak kerajaan kepada syarikatnya.
Tetapi ianya tidak berhasil dan ini sangat mengecewakan Hamzah lantaran itu dia mendendami Anwar. Dan Hamzah memang mampu membalas dendam tersebut dengan memperalatkan isterinya itu walau bagaimana pun asalkan dia beroleh keuntungan kewangan darinya.
Awal Kehidupan Hamzah
Hamzah memulakan kerjayanya sebagai kontraktor kerajaan pada tahun 1980an, lebih dari 20 tahun yang lalu, apabila beliau mengetuai sebuah syarikat diI Ipoh bernama Justera Sdn Bhd. Justera adalah anak syarikat kepada Construction and Supply House Berhad (CASH) diketuai oleh Dato Syed Ibrahim, seorang kroni Daim Zainuddin . Daim adalah Menteri Kewangan Malaysia dan CASH merupakan salah satu syarikat utamanya.
Justera mengambil bahagian dalam banyak kontrak kerajaan Malaysia diseluruh negeri tetapi semua kontrak tersebut ‘gagal’ belaka. Modus operandi Hamzah ialah mendapatkan kontrak dan kemudiannya membuat tuntutan ‘bayaran kemajuan’ . Setelah dia menerima bayaran tersebut dari kerajaan, dia pun tinggalkan projek tersebut. Projek Perumahan Jabatan Ugama Kedah dan Lebuhraya Gerik merupakan dua contoh dimana Hamzah telah membuat keuntungan berjuta-juta dengan meninggalkan projek tersebut tergendala.
Kesudahannya , syarikatnya telah di senarai hitamkan dan dia tahu dia tidak akan mendapat sebarang kontrak kerajaan lagi.Dia kemudiannya mengubah modus operandinya dengan menyertai tender kerja-kerja kerajaan dengan harga yang sangat rendah.
Kemudian dia akan pergi menemui kontraktor lain , biasanya orang Cina dan menawarkan untuk menarik diri dari tender tersebut dan membenarkan kontraktor tersebut memenanginya, dengan membayat sedikit imbuhan kepadanya.
Hamzah membuat jutaan hanya dengan menyertai tender dan menarik semula tender tersebut dengan bayaraan M500,000 satu kontrak. Dengan lima atau enam kontrak sebulan, jutaan melimpah masuk kedalam akaun banknya.
Dan itulah sebababnya maka mahkamah mendapati nya layak untuk membayar kepada isteri yang ditinggalkannya itu wang berjumlah RM11.206 juta, yang merupakan sebahagian sahaja dari apa yang ada padanya.
Tetapi bukan itu sahaja.Ada banyak lagi kisah tentang Hamzah Zainuddin .Tengok-tengoklah esok jika saya ada kesempatan, insya’ Allah saya akan dedahkan lagi skendal panas beliau.
MAHATHIR MAHAKAYA, MAHAZALIM... KEH.. KEH...
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment