almuslimin2
Projek Patrick Badawi di Pulau Wan Man bukan saja melakukan perompakan 300 juta duit rakyat Terengganu namun menghadiahkan PENCEMARAN sungai terbesar dalam sejarah Sungai Terengganu. Sungai Terengganu sudah mengalami sesak nafas kritikal akibat tangan nafsu sarakah manusia yang tidak berhati perut. Jika berlaku hujan musim tengkujuh kemungkinan semua pulau dan kawasan pinggir sungai akan tengelam.
Kerja merata tanah tapak Taman Tamaddun Hadhari telah menyebabkan berlaku pencemaran besar pasir dan tanah yang hampir menutup muara sungai Terengganu.
(lihat gambar pertama)
Yang aneh projek Pulau Wan Man ini seolah olah mempunyai status autonomi kerana tidak nampak kakitangan JKR negeri atau pusat yang memantau projek Taman Tamadun di Pulau Wan Man . Muara Sungai terengganu yang sudah di sempitkan dengan projek membina tapak pertandingan Monsoon Cup terus di asak dari mudiknya dengan bebanan pencemaran pasir dari tapak projek Patrick Badawi tanpa belas kasihan.
Pencemaran dari projek Deris-Dollah ini telah mendepositkan tanah pasir sebesar pulau kecil di bahagian kiri Jambatan Sultan Ismail sementara Taman Tamadun berada di sebelah kanan jambatan kalau kita menuju ke Kuala Terengganu. Perubahan ini disedari oleh semua yang lalu lalang merentasi sungai itu setiap hari. Dari deposit pasir yang kecil semasa Taman Tamadun belum di bina, akhirnya timbunan itu membesar sebesar gambar ke dua dan ketiga di bawah. Gambar pertama di atas di ambil dari atas jambatan dan gambar kedua menunjukkan gambar pencemaran sebesar pulau kecil dari bandar Kuala Terengganu.
Gambar kedua di ambil dari kuala Terengganu ia itu dari arah bangunan tinggi dalam pembinaan di gambar pertama. Jelas dalam gambar kedua terdapat kerja mendalamkan sungai Terengganu dengan crane yang di letak di atas platform terapung. Masaalah nya harga untuk membuang pencemaran sungai terengganu akibat projek Deris - Dollah di Pulau Wan Man mungkin memakan jutaan ringgit lagi dan ini sekali lagi menjadi habuan kroni UMNO. Jadi yang mencemar sungai mendapat duit dan yang mengorek sungai dapat duit. Yang rugi duit ialah rakyat Terengganu. Inilah akibatnya ' berekperimen' dengan pemerintahan pust di bawah Dollah dan berekperiment di peringkat pemerintahan negeri dengan Deris jusoh. Yang rugi ialah rakyat Terengganu.
Gambar ketiga ialah gambar secara dekat timbunan pasir.
Mar 1, 2008
Projek Deris-Dollah Mencemar Sungai Terengganu
Labels: ALAHAI IDRIS ....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment