KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 1, 2008

Fitnah UMNO/BN dan keris plastik

zul4kulim

Sekarang ini disebarkan fitnah di Kulim Bandar Baharu kononnya saya telah menarik diri dan digugurkan dari pencalunan pilihanraya. Kononnya ada lapuran dibuat dan saya telah kehilangan kelayakan bertanding atas dakwaan saya tidak memfailkan Penyata Kewangan. Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah ini dan menyatakan bahawa:

1. penamaan calun bagi Parlimen Kulim Bandar Baharu telah ditutup pada jam 10 pagi 24 Feb 2008;

2. Tempoh bantahan telah ditutup pada jam 11pagi hari yang sama;

3. Pegawai Pengurus pilihanraya peringkat P-18 Parlimen Kulim Bandar Baharu iaitu Tuan Haji Mohd. Noh yang juga Pegawai Daerah Bandar Baharu, telah mengumumkan, pada jam 12 tengahari 24 Feb 2008 bahawa pencalunan saya sebagai calun Parti KeADILan Rakyat bagi Parlimen P-18 Kulim Bandar Baharu telah diterima tanpa sebarang bantahan. Oleh itu saya diisytihar sebagai calun Parlimen P-18 Kulim Bandar Baharu dengan writ pilihanraya dikeluarkan dan pengundian akan dijalankan pada 08 Mac 2008;

4. Oleh itu, tidak timbul sebarang persoalan tentang ketidaklayakan calun sehinggalah pengundian dijalankan dan pemenang diisytiharkan pada 08 Mac 2008;

5. SPR atau mana-mana pegawai dan/ atau ejennya tiada kuasa atau dalam bahasa undang-undang adalah functus officio selain daripada menjalankan pengundian sahaja;

6. Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya bolehlah memohon Mahkamah untuk menyemak semula perjalananpilihanraya;

Berkaitan Penyata Kewangan, saya telah pun memfailkan dokumen berkenaan. Malahan saya telahpun mendapat semula pengembalian wang pertaruhan calun (RM10,000-00) dan wang deposit bahan pilihanraya (RM5,000-00) yang wang ini tidak akan dikembalikan kecuali Penyata Kewangan Calun telah difailkan.

Ini adalah tindakan desperate UMNO/ BN yang nak menang free dengan berselindung disebalik skirt SPR. Saya cabar Aziz kalau benar Pemuda UMNO anak jantan..jangan hanya berani pacak keris dalam perhimpunan depan khalayak sendiri..jangan berani ugut nak bakar dewan cina..tetapi menikus bila berhadapan dengan Mahkamah Rakyat. Saya cabar Aziz..UMNO & BN supaya mari kita berlawan secara gentleman..mari kita berdepan dengan rakyat. Atau apakah keris Aziz hanya keris plastik saje...!!!

Adios


Zulkifli Noordin

Sumbangan Dana
dan Bantuan Tenaga
terus diperlukan
dari kalian untuk P18!

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive