Jadi badan bebas: BPR serah syor
Bharian - Badan Pencegah Rasuah (BPR) sudah menghantar kertas kerja mengenai cadangannya untuk menjadi sebuah badan bebas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi beberapa hari lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengesahkan perkara itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana keputusan terpulang kepada Perdana Menteri.
“Apa yang saya tahu, agensi itu sudah menghantar kertas kerja dengan menjadikan Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) di Hong Kong sebagai panduan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah BPR, Datuk Abu Kassim Mohamed ketika dihubungi juga enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Difahamkan, Abu Kasim dan Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan berjumpa Perdana Menteri berhubung perkara itu dua hari lalu.
Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull, berkata beliau tidak mengetahui mengenai kertas kerja itu tetapi memaklumkan ada kalangan parti politik dan pihak lain terbabit meminta supaya badan itu lebih bebas. more...
Apr 19, 2008
ADA YANG BIMBANG ....
Labels: BELIT BPR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment