KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 19, 2008

Isu ketuanan Melayu: Umno bagaikan anjing tersepit

Hakarahdaily - Umno menimbulkan isu ketuanan Melayu hanya selepas parti itu tidak relevan apabila ditolak rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac lepas.

AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menyifatkan, usaha membantu Umno untuk memperbetulkan kesilapan parti itu dalam soal ketuanan Melayu bagaikan 'melepaskan anjing tersepit'.

Katanya, beliau menyokong penuh penegasan Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa semalam, bahawa PAS tidak mahu terperangkap dalam isu tersebut, yang disifatkan sebagai membuang masa.

"Jangan cakap soal ketuanan Melayu, dasar ini harus diubah segera kerana ia hanya memusnahkan masa depan bangsa," kata beliau yang memegang ijazah doktor falsafah dalam bidang pendidikan.


Husam juga dilaporkan sebagai berkata, PAS tidak akan terperangkap dengan gimik politik yang dimainkan Umno, yang dibuat semata-mata untuk menyembunyikan kelemahan dan masalah dalaman yang sedang mereka dihadapi.

Syed Azman yang juga Setiausaha Politik Presiden PAS berkata, pihaknya mempertikaikan keikhlasan Umno yang hanya dua bulan lalu, pemimpinnya begitu bongkak, tetapi kini baru mengenal erti keikhlasan memperjuangkan nasib bangsa.

Katanya, 'track record' Umno dari segi ketuanan Melayu begitu buruk apabila banyak melakukan kesilapan yang merugikan bangsanya sendiri.

Menurut beliau, orang Melayu termasuk golongan cendikiawan, amat terkilan apabila Umno/BN melaksanakan dasar pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

"Dasar ini amat menyusahkan, hasilnya kualiti akademik anak-anak Melayu yang menjunam begitu teruk.

"Jangan cakap soal ketuanan Melayu, dasar ini harus diubah segera kerana ia hanya memusnahkan masa depan bangsa," kata beliau yang memegang ijazah doktor falsafah dalam bidang pendidikan.

Syed Azman turut mendesak kerajaaan pimpinan Umno, kembali memartabatkan tulisan jawi sebagai elemen utama dalam pendidikan kepada bangsa Melayu kerana itulah antara asas ketuanan yang sebenarnya.

Katanya, sejarah membuktikan catatan Perlembagaan dahulu, termasuk surat-surat perjanjian antara Raja-Raja Melayu dengan British, semuanya dibuat dalam tulisan jawi.

Selain itu tegasnya, selama 50 tahun Umno/BN berkuasa, Umno menjalankan dasar kronisme yang begitu dahsyat dengan mengetepikan penganugerahan projek atau tender kepada orang Melayu, semata-mata kerana perbezaan fahaman politik.

Beliau turut mengingatkan Kerajaan Pusat supaya tidak lagi mendiskriminasi kerajaan-kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat jika mereka ikhlas untuk menyatu padukan bangsa.

"Apapun pengalaman perit PAS di Kelantan dan semasa PAS menguasai Terengganu, negeri yang diterajui orang Melayu, mengalami diskriminasi dan dikenakan tekanan teruk oleh pemimpin Umno yang menguasai Kerajaan Pusat," ujarnya.

Katanya, bukti-bukti Umno tidak ikhlas memartabatkan ketuanan Melayu sebelum ini cukup banyak dan beliau tidak nampak bagaimana rakyat boleh mempercayai pemimpin parti itu lagi.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive