KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 19, 2008

Khir Toyo Mula Mendesak!

penyokongkuli - Datuk Seri Dr. Khir Toyo mantan Menteri Besar Selangor yang kini berada di tanah suci Mekah untuk menunaikan UMRAH sebelum ini pernah ‘dicop’ penyokong kuat Pak Lah hari ini telah membuat kenyataan di blog beliau secara nyatanya gelaran ‘penyokong setia Pak Lah itu’ yang diberi jolokkan kepada beliau itu telah meleset apabila beliau dah mula mendesak DS Abdullah Ahmad Badawi supaya berundur segera demi menyelamatkan UMNO khasnya dan Barisan Nasional Amnya.

Penulis ingin memetik beberapa ayat di dalam blog bilik beliau yang menyatakan beliau mendesak DS Abdullah Ahmad Badawi supaya meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia merangkap Bapa Mertua Khairy Jamaluddin. “Jika Pak Lah kekal dan dicabar dalam Pemilihan UMNO, akan berlaku suasana yang berbeza sama sekali.” itulah petikan ayat yang diambil daripada ayat terakhir artikel blog milik beliau yang bertajuk “Peralihan Kuasa Perlu Disegerakan jika mahu UMNO dan BN kekal kukuh” .

Beliau juga menggariskan beberapa senario yang memerlukan DS Abdullah Ahmad Badawi yang terkenal dengan jolokkan Flip-Flop itu, senario pertama ialah Pak Lah berkemungkinan akan merombak kabinet bagi memberi ruang kepada muka-muka daripada sabah dan sarawak untuk menggalas jawatan tersebut” secara tidak langsung jolokkan Flip-Flop akan bergema semula kerana keputusan Pak Lah sering berubah-ubah.

Senario kedua pula ialah undi tidak percaya yang akan dikemukan oleh pembangkang di Parlimen, lebih-lebih lagi pemilihan speaker yang tidak kelihatan tidak begitu teliti (sama seperti pembentukan kabinet). more..

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive