wrlr.blogspot - Kekalahan UMNO bukan berpunca dari segala macam blog dan website yang ada di alam cyber.Sesungguhnya ia adalah disebabkan rakyat yang bangkit kerana marah dan menjerit "Sudah dan cukup kami di tipu" . Inilah yang telah menyebabkan kekalahan UMNO dan Barisan Nasional.
Sementara wakil Veteran UMNO dan bekas Wakil Rakyat Barisan Nasional adalah mereka yang sudah tidak bergigi, baik secara lahiriah mahupun secara kiasannya. Mereka gagal menyelami perasaan pengundi muda dan suka juga menipu.Orang muda sebenarnya tidak suka mereka ditipu dan juga di perbodohkan. Begitu juga kaum Cina dan kaum India. Taktik Kerajaan BN memainkan isu dengan menipu rakyat dianggap sebagai salah satu langkah terkebelakang.
Semalam dengan kesungguhan Pak Lah untuk mengembalikan sistem kehakiman dan pembentukan suruhanjaya perlantikan hakim-hakim dijangkakan kes Najib adalah lebih hebat dan akan ditelanjangkan.
Semua tunggul buruk UMNO dan Barisan Nasional ini mengeluh tentang kehilangan kuasa politik Melayu. Mereka telah mengulang secara berulang kali, tentang kejadian pada Mei 1969 dahulu yang menyebabkan pertumpahan darah pada 13 Mei. Kejadian 13 Mei adalah angkara Mahathir Mohammad dan juga kuncu-kuncu UMNO.
Pencapaian paling gemilang Barisan Nasional ialah pada 2004 ketika mereka menang 91-92% kerusi Parlimen. Berapakah kerusi yang dimenangi oleh orang Melayu di Dewan Parlimen? UMNO dapat 110, PAS 9 dan PKR 1. Semuanya menjadi 120 kerusi. Pada kali ini UMNO menang hanya 78, PAS 23 dan PKR 20 daripada 31 semuanya). Ini menjadikan jumlah anggota Melayu di dewan Parlimen menjadi 121. Ini adalah lebih hebat berbanding 2004 dahulu di mana cuma ada 120 orang. Pada 8 Mac 2008 jumlahnya sudah bertambah.
Dengan demikian berapa lama lagi UMNO akan melalak bahawa kuasa Melayu sudah terhakis pada 8 Mac 2008? Sedangkan ia sudah meningkat? Jangan kiralah kalau peningkatannya adalah dengan satu kerusi sahaja. Yang pentingnya orang Melayu tidak kehilangan kuasa politiknya. Malahan bertambah sebaliknya. Namun, inilah isu yang dimainkan oleh UMNO sedangkan hujah itu adalah hujah haprak semata-mata. Sepatutnya orang Cina yang melalak kerana melihatkan kuasa politik mereka terhakis memberi laluan kepada orang Melayu dan juga India.
Seperti yang ditulis oleh New Straits Times dalam lidah pengarangnya semalam, UMNO harus hentikan merengek. Harus hentikan perangai melalak betapa kuasa politik Melayu sudah mengecut seperti apa yang terjadi pada Mei 1969 hingga mencetuskan episod 13 Mei. Cakap kelentong semacam inilah yang menyebabkan Barisan Nasional kehilangan lima negeri, 10 daripada 11 kerusi Parlimen WP Kuala Lumpur – yang sudah pastinya menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional akan dilenyapkan untuk selama-lamanya, seandainya ia tidak berhenti merengek dan mainkan lakonan tuduh-menuduh.
Yang penting sekali kenapakah Pengarah Pilihan Raya tidak dikenakan kritikan pedas kerana kegagalan ini? Malahan, UMNO mahu memberikan habuan kepada Pengarah Pilihan Raya dengan menjadikannya Perdana Menteri yang baru. Beliau telah gagal, segagal-gagalnya, tetapi mereka masih mahu melantik beliau sebagai Perdana Menteri. Apakah begini caranya UMNO menyelesaikan masaalah.Kita percaya jika Najib di pilih sebagai PM, sudah pastinya UMNO akan mengundang bahaya yang paling besar. Kes yang disebut-sebut Anwar sebagai skandal terbesar pembelian senjata sudah lama menghenyak Najib.Hanya tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja yang ada kepada beliau.
Semalam dengan kesungguhan Pak Lah untuk mengembalikan sistem kehakiman dan pembentukan suruhanjaya perlantikan hakim-hakim dijangkakan kes Najib adalah lebih hebat dan akan ditelanjangkan. Adakah ini yang dipanggil sebagai badai yang menghenyak UMNO.Najib mungkin dilihat UMNO hebat, namun para pengundi tidak memikirkan begitu.Para pengundi Malaysia melihat UMNO dan pemimpinnya sebagai pemimpin korup dan Najib juga tidak terlepas dari skandal ini.
Naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini mengakui bahawa isu keris menjadi satu daripada beberapa punca sokongan kepada BN merosot dalam pilihanraya umum 8 Mac.Beliau bagaimanapun menolak tanggapan bahawa isu keris menjadi punca utama pengundi, khususnya bukan Melayu, tidak menyokong ramai calon BN dalam pilihanraya umum tersebut. "Kita perlu mengkaji dan berfikir untuk melihat isu keris ini secara terbuka," kata Khairy, yang juga ahli parlimen Rembau. Beliau berkata demikian ketika ditemui media di "retreat" ahli-ahli parlimen BN di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur hari ini.
Namun Khairy juga dilihat sebagai punca kepada ketidak puasan hati pemimpin lama UMNO.Khairy tidak mendapat sokongan para balaci-balaci pemuda UMNO kerana sikap beruk beliau yang memberukkan para blogger dan webmaster.Sikap para pemimpin UMNO tidak berjaya menarik minat para pengundi untuk mendekati mereka.Inilah punca utama kerana semakin ramai cerdik pandai tidak mahu mendekati UMNO.UMNO akan menjadi parti sejarah jika meneruskan sikap dan mengekalkan pimpinan yang ada. Apakah seseorang yang berkarektor seperti Anwar akan muncul dalam UMNO????Hanya masa akan menentukannnya kerana hanya seorang Anwar Ibrahim dianugerahkan untuk Malaysia masa kini.
1 comments:
Assalamualaikum,
UMNO nih bukannya tak sedar tetapi tidak mahu menyedarkan diri mereka bahawa rakyat dah lama muak dan menyampah dengan sikap mereka yang suka memperbodohkan rakyat.
Adakah mereka fikir masyarakat sekarang ini adalah golongan yang berfikir seperti tahun 70an dulu?
Kekadang nak kata pemimpin2 yang memimpin UMNO NI dok cerdik,bunyi kata semanya pas tinggi2 belaka, tetapi kenapalah jadi bangang untuk insaf pada hakikat yang sebenarnya berlaku pada masyarakat sekarang ni.
Bila tak disokoong,katanya tak sayang pada ketuanan melayu sedangkan pada realiti yang sebetulnya,mereka2 itu semualah yang telah menjahanamkan maruah ketuanan melayu.
Bercakap berdegar2 seolah2 mereka sahaja yang menjaga hak orang melayu tetapi secara licik mereka menipu hak tanah orang melayu digadai kepada bangsa lain.
Haprak punya pemimpin
Adakah besok untuk generasi yang mendatang masih sempat menikmati hak ketuanan melayu di tanah air mereka sendiri?
Itu harus ditanya kepada UMNO yang telah menghakisnya secara terancang demi segumpal keuntungan.
Post a Comment