KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 19, 2008

UMNO LANGSUNG TAK FAHAM

Radenjowo - UMNO ghalit (leka). Itu bahasa yang diajar sejak aku kecil dahulu. Biar pun ramai yang mencari punca tentang kejatuhan UMNO, tetapi sesungguhnya UMNO akan terus hancur kerana apa yang ada di dalamnya adalah sisa serta tunggul tunggul yang menanti masa untuk dibakar, dihancur dan dibuat baja untuk tanaman akan datang. Seperti najis, ia di buat baja untuk di manafaatkan. Tidak semestinya najis yang kotor akan menghasilkan tanaman yang kotor. Kalau itu lah sangkaan yang kita ada maka kita perlu tolak semua buah buahan dan tidak memakannya.

Di dalam banyak banyak kajian, UMNO langsung tidak mengenal pasti punca kekalahan sebenar UMNO dan BN pada PRU12 yang lepas. Setakat cakap dan kenal pasti selepas itu tiada perubahan yang berlaku. Mereka asyik dengan tuding jari dan tidak memikirkan punca sebenar terutama kalau punca itu adalah diri sendiri.

Dollah sudah mengakui bahawa dirinya menjadi punca. Tetapi beliau bertegas tidak mahu meletakkan jawatan. Ini semua adalah sandiwara semasa yang digubal khas untuk tunjuk baik dan buruk seseorang pemimpin itu. Baiknya kerana mahu mengaku tetapi buruknya kerana tidak mahu meletakkan jawatan. Berlainan pula dengan Najib, beliau tidak rasa bersalah dan sekarang kononnya beliau lah yang layak menjadi Perdana menteri. Sedangkan kemewahannya melebihi orang lain.

Berbalik kepada pengakuan Pak Lah, Budaya seperti ini tidak berlaku di negara lain. Terutama jepun, korea dan banyak lagi. Apabila sudah bersalah, mereka meletakkan jawatan dan membiarkan orang lain mengambil alih. Itu adalah sikap gentleman seseorang pemimpin itu. Kalau buruk lah rekodnya, maka tugas penguatkuasa untuk mengambil tindakan. Kalau besar lah rasuahnya, maka kuat lah hukumannya. Semuanya diserahkan kepada mahkamah yang adil dan tiada kompromi.

Sedangkan pada rakyat, dua dua pemimpin umno itu adalah sama. Melepaskan Pak Lah dan menaik kan Najib umpama keluar mulut buaya masuk ke mulut Naga.


Berlainan dengan kepimpinan UMNO. Mereka lebih selesa untuk tidak mengakui kesilapan. Lantas di dalam menghabiskan masa masa berikutnya, mereka berusaha untuk selesaikan masalah yang belum selesai dan ada juga yang menggunakan masa tersebut untuk tutup semua isu, agar mereka tidak dikejar dan dikejutkan ketika tidur lena selepas tiada kuasa.

Baik Dollah mahupun Najib, mereka tiada bezanya. Keadaan sekarang adalah, Najib cuba untuk tunjuk baik sedangkan namanya juga tersenarai diantara pemimpin yang korup. Tempoh yang lama sebagai menteri pertahanan telah menghasilkan banyak pembaziran. Tapi mata tertumpu pada yang atas. Maka Dollah yang menjadi mangsa.

Kini UMNO sudah bertekad untuk menghalau Dollah dari persada pemerintahan tanah air. Masing masing sudah mendesak Najib menggantikannya. Menurut Khir Toyo, menaikkan Najib sebagai Perdana menteri akan mengurangkan kuasa pada Anwar Ibrahim. (rujuk: Peralihan Kuasa Perlu Disegerakan Jika Mahu UMNO dan BN Kembali Kukuh) Menerut beliau di dalam artikel tersebut, Jika proses peralihan kuasa ini dilakukan segera, ia akan memberi ruang dan masa untuk DS Najib melakukan sesuatu yang drastik, menyusun semula kabinet dan melakukan pembaharuan dalam parti.

Sedangkan pada rakyat, dua dua pemimpin umno itu adalah sama. Melepaskan Pak Lah dan menaik kan Najib umpama keluar mulut buaya masuk ke mulut Naga. Dan rakyat akan berdepan dengan satu lagi pemimpin UMNO yang condongnya kearah diri sendiri dan kroni.

UMNO hakikatnya sudah patut di talkinkan. Kalau tidak pun, keranda perlu disiapkan. Sabun sudah disusun, kapas sudah dibeli dan kapur barus sudah boleh dipakai.

Rakyat tidak boleh dipujuk. Kelemahan pemimpin UMNO bukan sahaja di atas, malah menganjur ke bawah. Semuanya hampir sama dan serupa. UMNO telah melatih ahli ahli nya untuk menjadi samseng, ego, sombong, pentingkan diri sendiri, korup dan gila kuasa. Makanya, siapa pun ahli UMNO yang menjadi PM, bakal menunjukkan budaya yang sama. Rakyat tidak perlu tempoh untuk tunjuk bukti kerana selepas puluhan tahun memerintah, pangkat yang dikejar oleh pemimpin yang ada hanyalah untuk kaut kekayaan di dalam tempoh pemerintahan.

Itu adalah salah satu punca kenapa UMNO dipandang hina. Oleh itu, baik Najib, Pak Lah dan apapun, rakyat tidak mahu menggadai masa depan dan berharap untuk tempoh beberapa tahun demi untuk menyaksikan perkembangan. Banyak faktor lain yang turut menyumbang kebencian rakyat kepada mereka. Tapi jangan lupa, kekejaman undang undang, pihak berkuasa dan sikap media turut menjadi faktor utama kebencian rakyat kepada UMNO dan BN. Jangan tak ngaku kerana semua mata sudah bertumpu.

Di dalam artikel terbaru Khir Toyo, ada satu komen yang menarik, dari dadidudie dan beliau menulis,

tidak ke umno sedar bahawa umno telah ditolak rakyat, samada paklah atau najib, kedua2nya sama sj, warisan dari Tun mahdey yg telah byk merosakkan sistem kehakiman, kepolisan, kemasyarakatan, sistem raja2, sistem pendidikan dan byk lg. paklah dah diberi peluang utk melakukan perubahan selama 5 tahun, tp hanya sekarng baru tersentak utk berubah,,,sudah terlambat..bukan mudah utk menarik balik keyakinan rakyat... so org umno duduk le diam2 nikmati ler hasil penipuan korang yg byk semasa kamu memerintah, utk santapan sehingga anak cucuk cicik kamu xkan habih..bagi ler peluang pemimpin yg beramanah, berdidikasi yg telah dinafikan haknya sbg PM, dgn fitnah dan kezaliman atas dirinya..iaitu yg Amat Berhormat DSAI kami...reformasi!!!!!

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive