Radenjowo - Bila tengok keputusan pilihanraya pada malam 8 dan 9 March yang lepas. Kepala jadi bingung. Mungkin aku sorang atau mungkin ramai lagi yang perasan bahawa bukan mudah untuk membuat kemajuan di dalam kerajaan yang bercanggahan. 5 negeri dan wilayah persekutuan jatuh pada PR dan selebihnya pada BN. Hilang nya majoriti 2/3 suara BN di Parlimen tidak benar benar mampu merubah keadaan negara. Terutama nya tentang ekonomi dan kestabilan. Sebaliknya BN akan menyerang habis habisan sepanjang masa selepas pilihanraya untuk PRU yang ke 13 tahun tahun akan datang. Menggunakan anjing dan keldai untuk memaksa rakyat menerima mereka kembali. Adakah rakyat akan terpengaruh?
Kerana majoriti yang semakin berkurang, maka yang perlu BN lakukan sekarang adalah hadir dan tidak ponteng di dalam persidangan parlimen apabila sessi usul di bentangkan kerana kekurangan ahli akan mengurangkan majoriti undian terhadap usul berkenaan. Ini membuatkan ahli parlimen BN bersikap lebih ALERT pada tanggung jawab mereka. Itu kebaikannya. Yang tidak baiknya, setiap bantuan pusat akan disekat, ditapis dan dilewat lewatkan seperti yang berlaku pada kepada kerajaan Kelantan.
Maka 5 negeri akan menerima nasib yang serupa. Jangan pelik kerana Azalina adalah Menteri yang mula mula bertindak disusuli dengan Shabery Cheek yang menolak permohonan Khalid Ibrahim untuk mengisi ruang Radio selama hanya sejam seminggu.
Begitu lah kesukarannya apabila kerajaan yang sepatutnya kalah tetapi masih menang lantas menubuhkan kerajaan pusat. Tidak bercampur dan sanggup berhadapan dengan risiko. Persoalan di dalam kepala benak aku ini, kenapa Tuhan membuat penentuan seperti ini? Kepala jadi keliru dan adakah doa tidak dimakbulkan? Tentu ada rahsia disebalik semua ketentuan ini dan sehingga lah berita ini keluar ......
Setelah merujuk rujuk dan menggogel-yahookan komputer bodoh aku ini, maka aku semakin jelas. Tempoh pilihanraya tidak sesuai untuk perubahan kerajaan. Tahun 2008 bukan tahun yang baik...mungkin.
BANTAH: Sekumpulan penunjuk perasaan membawa kuali membantah kenaikan harga beras ketika cuba masuk pejabat Pihak Berkuasa Makanan Nasional di Manila, semalam. - AFP
IMF suarakan kekhuatiran
PARIS - Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) memberi amaran kenaikan harga makanan dunia boleh mencetuskan krisis hebat termasuk menjatuhkan serta kerajaan serta peperangan.
Pemimpin pertubuhan itu, Dominique Strauss-Kahn memberitahu radio Europe-1 di Perancis kenaikan harga yang mencetuskan rusuhan di Haiti, Mesir dan di tempat lain adalah masalah yang amat serius. - Bharian
Tetapi sekurang kurangnya keputusan lepas menyedarkan kerajaan BN bahawa rakyat sudah muak menghijau-kahak terhadap kerajaan BN. Tapi mereka tidak boleh dikuburkan terus pada saat ini kerana masih ada banyak hutang mereka yang perlu dijelaskan. Hutang BN kepada rakyat selama pemerintahan mereka.
Keadaan semakin sukar dan kalau lah kerajaan PR memerintah sekarang, kesukaran akan berlaku dan menimpa pemerintahan mereka. 4 tahun jika tiada perubahan PR akan ditolak rakyat dan rakyat akan bertambah keliru kerana tidak tahu untuk memilih kerajaan yang mana satu bagi memulihkan keadaan ekonomi.
Rakyat tidak mahu tahu apa yang kerajaan buat, tapi rakyat mahu kebaikan untuk rakyat. So...kalau keadaan ekonomi dunia bertambah parah, kerajaan tiada pilihan lain selain dari menaikkan harga barangan dan ini sudah pasti menimbulkan lebih kebencian kepada mereka. 4 tahun akan datang, BN akan terkubur kerana berada pada waktu dan masa yang tidak sesuai. Selepas itu mari kita fikirkan sama sama apakah yang akan berlaku. Tapi jangan cuba untuk menjadi nujum kerana Allah swt jua lah yang akan menetapkan semuanya.
0 comments:
Post a Comment