KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 19, 2008

Cuepacs Salah Tafsir Kenyataan Saya, Kata Abdullah

bernama - Kerajaan masih menimbangkan secara positif sama ada akan meningkatkan umur persaraan kakitangan sektor awam daripada 56 tahun kepada antara 58 dan 60 tahun, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Perdana Menteri berkata beliau telah menerima secara positif cadangan yang dikemukakan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), tetapi belum lagi membuat keputusan berhubung perkara itu.

Katanya Cuepacs telah menyalahtafsirkan kenyataannya.

"Cuepacs telah membuat kenyataan-kenyataan yang mengelirukan. Saya telah mengatakan bahawa saya ingin melihat ini sebagai satu cadangan yang positif.

"Saya bersikap positif mengenainya untuk meningkatkan umur persaraan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pemukiman bersama Anggota Parlimen Barisan Nasional di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata umur persaraan yang baru hanya akan diumumkan pada satu pertemuan dengan Cuepacs yang dijadualkan bulan depan.

"Saya tak katakan 60 tahun. Dan saya katakan, umur persaraan itu akan saya umumkan kemudian," katanya.

Presiden Cuepacs Omar Osman dalam satu pertemuan dengan perdana menteri Khamis lepas telah mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju menerima lima tuntutan kesatuan itu.

Lima tuntutan itu ialah kadar pencen mengikut perkhidmatan sebenar, pelanjutan umur persaraan daripada 56 tahun kepada 60 tahun, pengubahan kaedah peperiksaan Pernilaian Tahap kecekapan (PTK) serta elaun kritikal dan imbuhan tetap perumahan.

Satu lagi tuntutan iaitu pemberian honorarium RM2,000 kepada 1.2 juta kakitangan awam bagaimanapun ditolak oleh kerajaan kerana keadaan semasa termasuk masalah kenaikan harga barang.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive