KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 19, 2008

Kenapa Sukar Memohon Maaf?

http://anwaribrahimblog.com/wp-content/uploads/2007/07/dsai_cfoeurope.jpgAda di kalangan saudara/i pantas memberikan reaksi terhadap kenyataan PM Abdullah mengenai krisis badan kehakiman. Ada beberapa persoalan yang berbangkit yang harus dihalusi.

Pertama: sanggahan kita terhadap rasuah dan hakim yang diperalatkan sang penguasa kini terjawab. Apakah jurucakap Umno dapat akui kezaliman berdekad tersebut?

Kedua: kalangan yang bertanggungjawab daripada pimpinan politik, hakim dan peguam negara harus diumumkan. Mereka perlu menuntut maaf terbuka.

Ketiga: berkaitan dengan pengumuman PM tersebut, Dato Najib mengulas menafikan bahawa Kerajaan menuntut maaf. Ajaib! Apa muslihat Najib, dan mengapa harus berselindung lagi?

Keempat: menyusul kenyataan tersebut, apa pula kesudahannya dengan orang-orang yang dizalimi oleh sistem perundangan yang dijadikan alat?

Walhasil, meskipun PM Abdullah kelihatan mengakui kesilapan lalu, namun kenyataannya masih terbatas, tidak menuntut maaf dan seolah-olah memelihara penzalim dan tidak bersedia membela kalangan yang dizalimi.

Inshaallah, langkah susulan mampu dikendali kerajaan Pakatan Rakyat.

ANWAR IBRAHIM

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive