Kosmo - Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) akan mencadangkan peraturan mensyaratkan perkhidmatan bas ekspres hanya akan bergerak di waktu siang sahaja.No2umnO - Rasa rasa pernah dengar idea ni. Kalau tak silap TGNik Aziz pernah memberikan cadangan seumpama ini. Tapi biaso la...kalau idea mari dari PAS, tolok selalu. Nanti wak chek molek molek. Sajo ya...nok tahu. Kalau betul, kehulu kehilir, pah tu.... ambil idea tu jugok....Isk....Isk.....Isk.... Isk....terjumpa pulok la berito nih nyo.... Abe kakok buleh la rujuk ko sini ... BAS WAKTU SIANG (klik)
Pengerusinya, Datuk Markiman Kobiran berkata, kajian dan perbin- cangan mengenainya selesai tidak lama lagi dan akan dibawa ke Kabi- net.
"Bagi tujuan yang sama, kita akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak yang terbabit seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Institut Keselamatan Jalan Malaysia Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan beberapa pihak lagi," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kemalangan maut yang melibatkan seorang kanak-kanak lelaki, Anna Mail Amin dari Thailand di Kilometer 33, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu baru-baru ini.
Bas yang dalam perjalanan dari Rantau Panjang ke Kuantan dan membawa 23 penumpang itu terbabas lalu terjunam ke dalam tebing curam sedalam 12.5 meter.
Pada perkembangan sama, Marki- man memberitahu, pihaknya juga akan mengkaji sama ada peraturan tersebut merupakan langkah terbaik mengurangkan jumlah kemala- ngan yang membabitkan pengangkutan awam tersebut. more...
Apr 19, 2008
Bas ekspres waktu siang sahaja?
Labels: Kemalangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Aper criter dengan kotak kotak hitam dlm bas tu?. Pengawal had laju dan sebagainyer.. saya yang pernah ikut jln Gua Musang waktu malam pun ngeri tgk bas bas ni. berlumba dan bersaing saing. Dekat corner dia lah raja. Macam cerita Drift pulak. Klau tak mengakah boleh kena libas ekor bas lagi...
bila bas selamat sampai...penumpang kata bestlah pemndu tu, laju sekejap aje dah sampai.
bila bas accident...penumpang kata,pemandu tu bawa laju sangat,tu yg tak dapat kawal,tu yg accident.
kesimpulannya,bila dah rasa laju patutnya penumpang jerit ramai2 suruh pemandu tu slow.power of the people.
Post a Comment