KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 19, 2008

Mutu Perkhidmatan Cawangan BSN PKNS Shah Alam

email dr: Baung

Salamualaikum..Tuan Raden.

Nak kongsi cerita apa yang berlaku pada isteri saya, sewaktu pergi ke Bank BSN di banggunan PKNS Shah Alam.

Mutu perkhidmatan yang cukup 'memberangsangkan'. Kalau kebanyakan Bank sedang bertungkus lumus naikkan taraf mutu perkhidmatan pelanggan, apa sudah jadi dengan BSN.

Tepat jam 10pagi isteri saya sudah berada di BSN, macam biasa ambil nombor, duduk. Tunggu punya tunggu pukul 11.10 minit baru nak panggil nombor. Dari 1032 nak ke 1036 makan masa 1 jam. Dalam 19 kaunter yang cantik tersergam, cuma 2 yang buka (kaunter 8 & 6). Kalau 2 kaunter sekalipun, takkanlah 5 nombor lagi amik 1 jam punye lama. Bank cukup besar dan cantik, kemas tapi mana pegi sume pekerja. Takkan hari Jumaat kurang pekerja kot?

Peminat-peminat yg hadir di bank tersebut semuanya dari kalangan "KLASIK FM", kesian isteri saya tengok mereka menanti dengan penuh kesabar..kalau dari kalangan org ISLAM beristigfar panjangLah ...Yang dari kalang india dan cina dia baca apa yang patut lah. Tapi bagi isteri saya yg moden ni terkejutlah dgn perkhidmatan yg diberikan, bila isteri saya bertanya dengan "nyonya" di sebelah dia kata..."Ini memang sudah lama, takda sapa boleh komplain punya..kalau komplain pun satu minggu saja lepas itu sama balik ini macam"! Yang paling kelakar Isteri saya kata ada salah seorang kakitangan senior disitu boleh ketuk tabung dengan kuat sekali sebab nak keluarkan duit syiling dari tabung tersebut dengan muka selamba, mcam rumah sendiri tanpa menhiraukan peminat-peminat yg ada dihadapan kaunter..bunyi kalau perlahan takpalah,ini punyalah kuat sampai semua peminat-peminat disitu memandang kearahnya tapi dia buat tak kisah je. Inilah MUTU PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN OLEH WARGA BSN DI SHAH ALAM!!!!!

Ini memang sudah lama


Isteri saya ingat mungkin sebab peralihan kuasa..Faham-faham ajelah BSN ni sapa punya,Tapi rupanya dari zaman Toyo pun dah macam ni. Nampak sangat gambaran yang diberi oleh kerajaan BN ni mutunya amat teruk sekali, Saya harap kerajaan PAKATAN RAKYAT dapat memberikan PERKHIDMATAN yang lagi bagus dari kerajaan BN. Sebab rakyat hari ini mementingkan perkhidmatan yg terbaik buat mereka. Saya yakin dgn mutu perkhidmatan yang terbaik diberikan oleh kerajaan PR pastikan rakyat SELANGOR akan memberikan undi yang tinggi pada pilihanraya akan datang.

kerajaan BN jangan sibuk cerita pasal babi di di kuala Langat..tapi cerita monyet liar yang mampu mengoyak bumbung rumah, yg mengancam penduduk di sekitar Simpang Morib ,Morib Kg Kelanang dan beberapa kampung2 yg terlibat di kuala langat.Cerita ni pun dah lebih 3 tahun tak selesai. nak tunggu ada MANGSA baru lah nak ambil tindakkan..itulah caraYB-YB BN bekerja dulu dan satu lagi mesti dapat liputan dan muka dapat keluar kat RTM ke atau TV3 ke . Kalau tak !.....tak glamourlah jawabnya jadi YB BN. Saya harap YB-YB PR dapat melakukkan yg terbaik dari kerajaan BN..Rakyat bukan nak tengok muka kat TV tapi rakyat nak tengok sendiri perkhidmatan yg diberikan oleh YB. Setakat cakap kat TV , jamuan teh dan lepas tu lesap dan hilang terus ... bertemu kembali masa pemberian zakat itu pun hantar wakil dan masa piliharaya menjadi PENAGIH undi lepas tu hilang terus...Itu cara2 YB-YB BN bekerja untuk rakyat!

Dah kalah MEROYAN satu NEGARA tidak dapat menerima kenyataan .Kesian!
Barisan Nasional Yang Lansung Tak Rasional dan Tak Profesional.

Cogan UMNO 2008
"BARISAN NASIONAL DIAMBANG MEROYAN"

SEKIAN WASSALAM

1 comments:

bengkak said...

contohilah sikap kakitangan BSN pulau tioman yang sentiasa mesra pelanggan dan sentiasa memberikan mutu perkhidmatan yang amat tinggi. tahniah kepada warga BSN pulau tioman, pahang.

Posting terkini

Blog Archive