tranungkite - (...) Saya tak nak focus kepada semua perkara yg dimuhasabahkan. Saya Cuma nak ambil contoh beberapa ketidak telusan atau ketidakcekapan parti “keramat” UMNO dan BN.
Contoh ini diambil di kwasan DUN Bayan Lepas.. Walaupun PAS tak menang di sini, tapi majoriti kemenangan UMNO oleh Tn. Hj. Syed Amerudiin amat tipis sekali. Lebih kurang 390 undi sahaja. Itu pun khabarnya peti-peti undi masih di sita di Balik Polis Balik Pulau akibat protes dari PAS.
Berbalik kepada contoh ketidak telusan atau ketidak cekapan UMNO. Ialah “menipu “ rakyat. Samada secara sengaja atau tidak, rakyat amat kecewa. Rumah mampu milik seperti dipaparkan itu bertempat berhampiran takungan air di bukit sg batu,Teluk kumbar Pulau Pinang .Ia telah dirasmikan oleh Pak Lah pada tahun 2004 lagi .Pada masa itu ia menjadi suatu kempen UMNO untuk menarik pengundi dengan “pagar rumah mampu milik” yang berwarna biru itu.Rata-rata rakyat seolah-olah diumpan dengan “projek kerajaan “Barisan Nasional itu .”
Namun bila tiba tahun 2008 rakyat dengan mata kepala sendiri dapat memerhatikan bagaimana projek itu belum lagi dapat disiapkan.Entah berapa lama lagi rakyat harus menunggu.Apa yang nampak jelas bukit tersebut yg menjadi kawasan rumah mampu milik kini dipenuhi batu dan tanah. Pembinaan rumah bagai tidak dimulakan. Kawasan tersebut hanya seolah-olah kawasan menimbun batu dan tanah.Ini berbeza dengan projek2 swasta yg berhadapan atau berdekatanayau hY betul-betul diseberang jalang berhadapan berjalan lancar pembinaannya, projek mampu milik tajaan umno ini boleh dikatakan ibarat kura-kura.
Walaupun Pak Lah telah merasmikannya pada 2004 yg lalu namun hasilnya hanya nampak tanah dan batu. Setelah lebih kurang 4 tahun berlalu.Dalam ceramah-ceramah umno yg lalu , mereka memberi alasan bahawa ia belum dapat disiapkan lagi kerana terlalu banyak batu dan bermasalah dengan bank Negara. more...
Apr 19, 2008
Teluk Kumbar:Rumah mampu milik yang tak mampu dimiliki
Labels: Belit UMNO, Penang UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment