Chegubard - Nampaknya sudah panas balik...bermula dari Ahad lepas dimana secara tergesa gesa Umno (juak-juak dia) mengatur program 'terjun' Gotong Royong bersama 'Ahli Parlimen Rembau' di Taman Jasmin Senawang... mungkin ini kerana juak - juaknya yang panik melihat persiapan Ceramah Perdana Pentas Anak Muda yang menampilkan Fairus (Timbalan Ketua Menteri P.Pinang) dan Nurul Izzah (Ahli Parlimen L.Pantai).
Dalam ucapanya ketika 'merasmikan surau tidak siap' itu dia menggunakan sepenuhnya untuk membelasah cheGuBard dan TauFek (Paroi). Petang sebelum program segerombolan penguatkuasa MPS juga tiba untuk menurunkan bendera keADILan yang dipasang sebagai penunjuk arah. cheGuBard terpaksa turun sendiri petang itu demi memastikan semuanya terkawal. Hujah kita ialah kenapa bendera Umno (menyambut Khairy) dibiarkan tetapi bendera keADILan diturunkan ? Penguatkuasa tersebut memohon maaf kerana katanya dia diarahkan oleh pegawainya yang menerima tekanan dari atas...!!! Dia merayu agar bendera di Trafik Light yang sudah ditanggalkan jangan dipasang semula...yang lain ok tetapi perlu segera ditanggalkan selepas program......Malam itu dia dikejutkan dengan kehadiran lebih dari 3,000 orang menyaksikan Pentas Anak Muda anjuran keADILan Rembau.
Nampaknya anak kelahiran Kuwait ini sudah mula bersuara semula. Dia bersuara mungkin kerana tiada pilihan lain. Memang banyak 'version' misteri kemenangan dia.... ada yang kata undi pos...ada yang kata jumlah undi ditipu...ada pula maklumat dan gambar yang merakam bagaimana dua peti akhir masuk ke Pusat Penjumlahan dengan di iringi kenderaan yang dinaiki Menteri Besar Negeri Sembilan. Semua ini menjadi cakap - cakap bukan sahaja di Rembau tetapi di seluruh negara. Hari ini pula di Malaysiakini dia sudah mula bercakap mengenai keputusan pilihanraya. Bagus dia sudah termakan pancing untuk kembali melompat. more...
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
14 minutes ago
0 comments:
Post a Comment