msomelayu - (...)Boleh... boleh dan boleh.
Apa yang berlaku ke atas laporan polis juga boleh berlaku apa saja. Polis boleh siasat dan boleh hentikan siasatan. Polis boleh terima dan boleh menolaknya. Polis boleh teruskan dan boleh dipercepatkan. Boleh dihentikan terus atau dipadamkan. Boleh dan boleh.
Ada dua laporan polis yang membabitkan orang besar negara bertaraf menteri dan bekas menteri yang dibuat oleh rakyat marhaen. Apa yang berlaku dan terjadi kepada laporan polis ini menimbulkan persoalan mengenai intergriti polis.
Memanglah polis berhak menggunakan akal budinya dalam melayan sesuatu laporan dibuat.
Kalau polis merasa ianya membuang masa dan tidak ada asas-asas kukuh berhubung laporan itu ia boleh dibuangkan begitu saja. Boleh dimasukkan ke dalam bangkul sampah dan ditutup kejap-kejap.
Misalnya apa sudah jadi dengan laporan polis yang dibuat oleh orang bernama Amir Bazli Abdullah berhubung satu kejadian menimpanya yang didakwa diculik kemudian dibelasah secara bepasukan hingga kepet dan reyok mukanya.
Dalam laporan itu Bazli menyebut seorang menteri yang ketika itu menjadi timbalan menteri turut terlibat sama. Sudah lama laporan itu dibuat, namun hasilnya entah macam mana. more...
Apr 25, 2008
Malaysia Terus Boleh
Labels: Msomelayu, Raba punggong
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment