KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 25, 2008

ISTERI KHIR TOYO CUBA PINDAH RM10 JUTA?

Forum tranungkite

Itulah tajuk akhbar the Sun hari ini (25/4/2008).

Laporan oleh R.Nadeswaran & Terence Fernandez menyebut bahawa tiga hari selepas suami-suami mereka kalah dalam pilihanraya ke 12 di Selangor, para isteri mereka bertindak untuk membubarkan satu badan kebajikan dan memindahkan hampir 10 juta ringgit Malaysia daripada akaun bank badan kebajikan tersebut.

Tetapi percubaan mereka telah dipintas oleh YAB MB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menulis kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) mempertikaikan keesahan keputusan membubarkan Persatuan Isteri Isteri Wakil Rakyat Selangor (BALKIS).

Adalah dipercayai bahawa Tan Sri Khalid telah mengarahkan siasatan lengkap dan terperinci berhubung urusan persatuan tersebut semenjak ditubuhkan pada tahun 1985 yang yang berasaskan kerja kerja kebajikan.
Berdasarkan dokumen yang dilihat oleh the Sun, Datin Zaharah Kechik, isteri kepada bekas MB Dr Her Toyo, telah pada 11 Mac mengadakan satu mesyuarat luar biasa (egm) jawatankuasa BALKIS untuk membubarkan dan menutup akaun bank persatuan itu.Hari berikutnya, akaun itu ditutup. Wang yang ada di dalam akaun tersebut dipindahkan kepada akaun BAKTI iaitu persatuan isteri isteri Menteri.

Pada 13 Mac, bekas exco Balkis memberikan notis pembubaran kepada ROS yang juga termasuk pindaan perlembagaan dan penubuhan persatuan baru.Balkis-BN adalah antara nama yang dicadangkan.
Walaubagaimanapun,ROS menyatakan bahawa permohonan Balkis untuk pembubaran adalah tidak lengkap dan mereka diberi 30 hari untuk memberikan maklumat dan butiran lanjut.

Perlembagaan Balkis memperuntukkan bahawa isteri MB mestilah menjadi Presiden.Sumber dalaman mempertikaikan bahwa memandangkan Her Toyo bukan lagi MB, maka Zaharah bukanlah Presiden Balkis dan tidak mempunyai kuasa untuk membubarkan atau mencairkan dana persatuan tersebut.

pakar undang-undang berkata, sebetulnya selepas kekalahan amno yang lalu, exco yang dipengerusikan oleh Zaharah sepatutnya membuat egm bagi membincangkan peralihan kuasa Balkis kepada pimpinan baru.

dalam berita lain,
Khir: Free water will cost Selangor Government RM17m monthly
The Selangor Government will have to pay RM17mil in compensation to Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) when it starts giving free water in June.

Former Mentri Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo said the compensation was based on the 20 cubic metres of free water, or RM11.40 monthly, to be given to 1.5 million consumers in the state.more...

Dan nasihat Raden pada orang jawa ni......"yang ko sibuk sangat apesal?"

1 comments:

Anonymous said...

ni nak kira cm ner ni wak...???
kes curik ke...
kes rompak..????

ape-ape je lah wak kan.....
jgn kes rabe sudah.....
haha....

Posting terkini

Blog Archive