Khairy: Tiada kiraan semula di Rembau
Malaysiakini - Menantu perdana menteri itu menjelaskan demikian dalam suratnya kepada Malaysiakini yang menyiarkan berita mengenai perkara itu.
Dalam suratnya, Khairy menafikan laporan tersebut yang menyatakan beliau kalah kepada calon PKR Badrul Hisham Shaharin dalam kiraan kali pertama, dan menang selepas pengiraan semula undi diadakan.
Laporan mengenai perkara itu, tambahnya, terkandung dalam berita 'Ku Li: Power transition unconstitutional' pada 18 April.
Menurut ahli parlimen itu lagi, dakwaan tersebut tidak benar dan tidak berasas.
Sebaliknya, kata Khairy, tiada pengiraan semula undi dan oleh itu isu beliau kalah dalam "kiraan kali pertama" tidak berbangkit. more...
Manakala lapuran Agendodaily pula .....
Malaysiakini mohon maaf kepada Khairy
Laman web berita Malaysiakini memohon maaf kepada Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin kerana menyiarkan berita yang tidak benar berhubung dengan kemenangan Khairy pada pilihan raya umum yang lalu bagi Parlimen Rembau. Berdasarkan surat penjelasan yang dihantar oleh Khairy kepada Malaysiakini dan tuntutan permohonan maaf di atas laporan yang tidak benar itu, Malaysiakini melalui Nota Editornya memohon maaf kerana menyiarkan dakwaan tersebut dalam berita yang dilaporkan sebelum ini. “Pada malam pilihan raya, kami dimaklumkan oleh calon PKR Badrul Hisham Shaharin bahwa dia diberitahu oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa akan ada kiraan semula dibuat. “Berita kami adalah bersandarkan maklumat itu. Bagaimanapun akhirnya kami mendapat maklumat bahawa tidak ada kiraan semula dibuat. Dengan itu kami memohon maaf kepada Khairy Jamaluddin kerana menyiarkan dakwaan tersebut dalam laporan kami sebelum ini,” demikian bunyi permohonan maaf yang dibuat oleh Malaysiakini.
Sama sama kita tunggukan jawapan dari Chegubard beserta saksi saksianya .....
0 comments:
Post a Comment