pemudasabah - Jika ditinjau dari senarai kebanyakkan ahli jawatankuasa mahupun ahli veteran PKR Sabah adalah dari berbangsa KDM , tambahan lagi penyertaan beramai-ramai rakyat Sabah berbangsa KDM sebagai ahli PKR Sabah menunjukkan bahawa Deklarasi Tambunan yang diwartakan bertepatan dengan aspirasi Rakyat KDM Sabah yang mahukan perubahan dalam isu-isu besar yang dilaungkan selama ini.
Jika PKR Sabah dilihat sebagai sang perwira bagi bangsa peribumi mahupun KDM Sabah, maka BN Sabah akan sekali lagi melihat faktor pendatang tanpa izin sebagai imbuhan serta insurans kepada usaha berterusan BN Sabah untuk memerintah Sabah kelak. Sudah pastinya keperluan pendatang asing dalam pilihanraya Umum ke-13 kelak dilihat sebagai modal utama BN Sabah memenangi kesemua kerusi di dewan rakyat serta parlimen Sabah.
Maka, dengan itu sudah pasti “Projek I/C” atau “Projek M” akan mendapat kesinambungannya cuma kali ini melibatkan kerjasama ratusan ribuan pendatang tanpa izin. Hubungan istimewa Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman dengan etnik Indonesia juga dilihat sebagai satu faktor utama mengapa BN Sabah amat payah dijatuhkan dalam masa 5 tahun ini.
Jika PKR Sabah hanya mengharapkan pengundi-pengundi KDM, sudah tentu menghadapi kesukaran untuk menawan mana-mana dewan rakyat mahupun parlimen di Sabah memandangkan taburan purata penduduk KDM bagi setiap kawasan undi tidak sekata.
Biarpun jumlah penduduk berbangsa KDM di Sabah ini masih menunjukkan jumlah yang agak besar berbanding jumlah rakyat Sabah, namun undi KDM secara keseluruhan tidak mempengaruhi keputusan undian kerana strategi yang diguna-pakai oleh kerajaan BN sebelum ini yang telah memecah-belahkan dominasi undian KDM di setiap kawasan di Sabah.
Pihak BN terutamanya UMNO Sabah sudah pastinya akan menggemparkan rakyat Sabah dengan beberapa siri serangan halus terhadap rakyat Sabah lebih-lebih lagi bangsa KDM yang sememangnya tidak pernah memihak kepada perjuangan UMNO sejak dahulu lagi. Kita melihat kepada usaha kerajaan Persekutuan di dalam melahirkan anak-anak watan Sabah “Baru” dengan memberi keizinan penempatan baru kepada 366 orang pendatang asing di Kiansam, Labuan. Malah dokumen percuma dan murah hati IMM13 juga dihadiahkan kepada mereka atas restu PM Malaysia Datuk Abdulah Badawi. more...
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
1 minute ago
0 comments:
Post a Comment