buletinonline - Hampir empat puluh orang peniaga merasa kesal dan kecewa kerana ruang niaga di kompleks Plaza Paya Bunya, bersebelahan Terminal bas Kuala Terengganu, yang dibeli sejak 10 tahun lalu hingga kini masih belum dapat diduduk
Kerajaan Barisaan Nasional (BN) Terengganu dibawah pimpinan Idris Jusoh yang memerintah sepenggal lalu gagal menunaikan janji untuk menyelesaikan masalah rakyat.
Para peniaga terbabit yang terpaksa menanggung kerugian sejak sekian lamanya. meski pun ’janji-janji’ telah diuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Toh Chin Yaw
Kompleks Plaza Paya Bunya itu sepatutnya telah dibuka pada 12 September 2007 lalu tetapi terbengkalai oleh pemajunya, ABI Construction Sdn. Bhd yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.
Meski pun Kuala Terengganu telah mencapai status bandaraya pada 1 Januari 2008 lalu namun masih gagal menyelesaikan masalah warga kota Bandaraya Kuala Terengganu.
Dalam keadaan masalah Kompleks Paya Bunga belum selesai, pada saat-saat akhir menjelang pilihanraya umum lalu, bekas Menteri Besar, Idris Jusoh melancarkan pula sebuah projek berhampiran yang dipanggil Paya Bunga Square yang berada tidak lebih 200 meter dari Plaza Paya Bunga. more...
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
15 minutes ago
0 comments:
Post a Comment