KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 25, 2008

Penumpang belakang engkar pakai tali pinggang disaman mulai September

Utusanmeloya - Penumpang belakang kenderaan yang gagal memakai tali pinggang keledar akan dikenakan saman mulai September ini.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh berkata, walaupun penguatkuasaan peraturan baru itu bermula Jun ini, tempoh pengenalan bagi tiga bulan pertama hanya melibatkan tindakan advokasi seperti amaran dan teguran.

“Selepas tempoh tiga bulan itu kita akan mengenakan saman kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan itu, namun kadarnya masih belum ditetapkan dan masih di peringkat rundingan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Suret berkata, peraturan memakai tali pinggang di bahagian belakang kenderaan itu bagaimanapun hanya tertakluk kepada kenderaan keluaran selepas 1 Jan 1995, di mana jika ada antaranya yang tidak mempunyai tali pinggang di bahagian belakang, mereka dikehendaki memasangnya dalam tempoh 3 tahun. more...
No2umnO - Hah kena lagi aku.....!!! Kereta tahun 82' mana ada talipinggang keledar di tempat duduk belakang samdol oiiii !!! Balik balik kedai aksessori yang untung. Yang rugi....aku jugak. Kalau aku bantah, diorang kata aku tak sayang nyawa. Itu lah modalnya. Sampai bila pun cam ni...Dulu tak buat syarat pada kilang dan penjual kereta. Itu yang lemahnya.

Lepas ni kalau ada kemalangan dan mati, alasannya, tak der talipinggang keledar. Dah boleh baca dah. Itu lah nasib rakyat marhaen. Korang boleh la, pakai kereta baru, semua complete dengan aksesori. Kesian kat aku. Ni kena tukar kereta dah ... sebelum bulan September. Kalau tak .... kena saman pulak.

2 comments:

Anonymous said...

assalammualaikum wbk. wak....memang la samdol depa ni....lepaih ni depa akan cakap pulak semua kereta wajib ada air bags!!!! haru tu wak bagi pengguna2 kereta lama......adios..keluangman

Anonymous said...

huhu..kut2 lps ni kena pkai helmet plak dlm keta...lg safety..

Posting terkini

Blog Archive