Mstar - Pendirian kerajaan harus konsisten ketika berhadapan dengan sebarang isu yang berkaitan dengan Israel kata wakil Perikatan Organisasi Islamik Malaysia, Mohd Azmi Abdul Hamid.
“Cadangan membawa masuk pemain kelab bola sepak Chelsea yang merupakan warga Israel ke negara ini jelas menunjukkan kerajaan kita tidak konsisten dalam pendiriannya selama ini yang menghalang rakyat Malaysia untuk mengunjungi negara itu,” katanya di sini, Jumaat.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum bantahan membawa masuk pemain bola sepak warga Israel ke negara ini kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar melalui Ketua Penolong Setiausaha kementerian berkenaan.
Pengurus pasukan Chelsea, Avram Grant dan pemain pertahanan, Tal Ben Haim merupakan warga Israel dijanka beraksi di Malaysia Julai ini sebagai sebahagian jelajah musim panas kelab itu.
Azmi yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) meminta kerajaan agar bersikap tegas terhadap sebarang perhubungan dengan negara itu.
Beliau juga menyatakan bantahan terhadap pendirian yang dinyatakan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berhubung kemasukan dua warga Israel itu dan pandangannya mengenai isu politik dan sukan tidak boleh dicampur adukkan. more...
No2umnO - Aku sokong !!! Bukan setakat orang yahudi aje malah orang melayu yang perangai cam yahudi pun aku bantah ..... siapa ye? Yang roboh masjid, yang halau orang miskin, yang hina rakyat, yang cakap berbelit dan yang ..... yang .... dan yang .....
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
44 minutes ago
0 comments:
Post a Comment