UTusanloya-Kerja-kerja membersih dan menebang pokok itu dilakukan oleh enam pekerja sebuah syarikat kontraktor yang dilantik Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kota Tinggi bagi membersihkan kawasan itu untuk mengatasi masalah serangan ulat bulu di sekolah terbabit.
Seorang pekerja, Joko Ngatiman, 30, berkata, mengikut rancangan asal, pokok tersebut sepatutnya ditumbangkan ke arah belukar selepas pangkalnya dipotong, tetapi tiba-tiba ia beralih arah lalu menimpa bumbung sekolah itu.
"Bila semua pangkal pokok ara itu siap dipotong, ia sepatutnya tumbang mengarah ke sebelah kanan, tetapi entah kenapa tiba-tiba ia boleh berpusing ke arah sebaliknya.
"Keadaan itu seolah-olah tidak terkawal sehingga kami terpaku melihat rumpunan tiga pokok itu terus menghempap bangunan sekolah yang terletak berhampiran," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini. more...
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
7 minutes ago
0 comments:
Post a Comment