KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 25, 2008

Najib tidak jangka pemimpin BN lain keluar parti

UTusanloya - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak menjangka ada di kalangan ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah dan Sarawak yang akan mengikuti jejak bekas Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Lee Kah Choon untuk meninggalkan parti.

Timbalan Perdana Menteri berkata, semua ahli parti komponen perlu taat dan setia kepada parti memandangkan BN telah banyak berjasa kepada negara sejak merdeka.

''Oleh kerana mereka bertanding atas tiket BN yang telah memberi mereka kemenangan pada pilihan raya umum baru-baru ini, jadi mereka mesti menaruh keyakinan bahawa masa depan negara kita akan lebih terjamin di bawah BN," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar hari terakhir Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Mengenai tindakan Kah Choon itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, ia adalah sesuatu yang malang kerana bekas pemimpin Gerakan itu telah memilih untuk menerima dua jawatan utama dalam Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan invest-Penang Berhad.

''Tindakan ini menyebabkan status beliau sebagai ahli kepada parti komponen BN tidak boleh dipertahankan kerana kita tidak dapat terima ahli yang menerima jawatan ditawar kerajaan pembangkang seperti yang jelas digariskan oleh dasar kita," tegasnya. more...

No2umnO - Kalau manusia boleh jangka, semua dah kaya sebab menang nombor ekor.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive