buletinonline - Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai sebarang hak untuk menafikan pembayaran wang royalti minyak daripada Petronas kepada kerajaan Terengganu.
Demikian dinyatakan oleh Tun Dato' Dr Haji Mohd. Salleh Abbas, bekas Ketua Hakim Negara yang juga menjadi anggota Exco kerajaan Negeri Terengganu ketika di wawancara media pada tahun 2000.
Beliau menyatakan menurut undang-undang dibawah Seksyen 4 Akta kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian antara negeri itu dengan Petronas pada 22 Mac 1975, kerajaan Pusat tidak ada kena mengena langsung yang membolehkan ia campur tangan dalam perjanjian ini untuk menghapuskan hak kerajaan Terengganu.
"(Campur tangan kerajaan Pusat) ini adalah bertentangan dengan undang-undang kontrak dan Perlembagaan Persekutuan." kata Tun Salleh
Beliau menggesa kerajaan persekutuan berpegang kepada prinsip perundangan dan "tidak sepatutnya bertindak liar sedemikian" dan "tindakan ganas ini" (pemberian wang ehsan atau dana khas) hendaklah ditarik semula.
"Tidak ada persetujuan yang sedemikian telah dibuat (antara kerajaan pusat dengan negeri), bahkan kerajaan negeri Terengganu pun tidak tahu dan langsung tidak diberitahu secara rasmi oleh Petronas dan kerajaan pusat," katanya lagi. more..
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 minutes ago
0 comments:
Post a Comment