Pulau Batu Puteh bukti jelas Kepimpinan malapetaka PM ‘Flip-Flop’ Abdullah gadai negara dan maruah bangsa
bigdogdotcom - [...] Dalam penghakiman kira-kira sejam 45 minit itu, ICJ turut memutuskan bahawa Middle Rocks yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika di selatan Pulau Batu Putih menjadi milik Malaysia, manakala status satu lagi bentuk maritim iaitu South Ledge akan menjadi milik negara di perairan mana pulau itu terletak.
Zaid berkata, keputusan tersebut tidak menimbulkan masalah besar kerana Malaysia dan Singapura mempunyai hubungan yang baik.
”Tidak jadi masalah kerana hubungan kita dengan Singapura sangat baik khususnya sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi jadi Perdana Menteri.
”Ini hakikatnya negara mempunyai hubungan yang baik dengan negara-negara lain kerana Datuk Seri Abdullah tidak suka hentam pemimpin sana sini,” katanya.
Apa yang berlaku ialah sebaliknya. Wakil wakil yang dipilih negara untuk menghujahkan kes pemilikan rasmi Pulau Batu Puteh (nama antarabangsanya Pedra Branca) adalah lemah dan tidak bersungguh sungguh dalam persediaan. Ianya adalah umpama “Seorang yang menulis surat memberitahu bahawa beliau tidak lagi meminta hak keatas satu bidang tanah yang asalnya milik nenda beliau dan dengan surat itu, orang lain membawanya ke ICJ untuk memohon hak keatas sebidang tanah itu”.... selanjutnya.
SAPA IKUT PAS PN TAK SIGN SSPA MEMANG BODOW
14 minutes ago
0 comments:
Post a Comment