mstar - [...] Ini kerana selepas 62 tahun ditubuhkan, ia sedang berhadapan dengan cabaran untuk menambah sokongan orang Melayu, bagi menguatkan lagi kedudukannya sebagai sebuah parti politik pilihan.
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Shahrir Abdul Samad percaya faktor dalaman adalah antara punca parti itu semakin kurang mendapat sokongan orang Melayu.
Ini kerana Umno diselubungi apa yang beliau sifatkan sebagai amalan "feudal" yang tebal.
"Selagi amalan ini tidak dibuang, tidak dihapuskan, Umno tidak akan berjaya sepenuhnya untuk menarik sokongan orang Melayu, dan rakyat amnya," katanya.
Shahrir berkata budaya "feudal" yang dimaksudkan beliau ialah sikap pemimpin bawahan yang `takut' bersuara kerana tidak mahu mengatasi pemimpin atasan.
"Mereka takut bersuara kerana takut dikatakan melebih-lebih. Mereka tunggu pemimpin atas bersuara. Pemimpin bawahan juga takut bersuara menegur jika apa yang dirasakan mereka tidak kena. Semuanya takut," katanya. ... selanjutnya.
SAPA IKUT PAS PN TAK SIGN SSPA MEMANG BODOW
6 minutes ago
0 comments:
Post a Comment