Zaman Siber, sains dan teknologi. Kecanggihan di dalam menyampaikan berita, internet menjadi sumber tersohor mengalahkan media TV dan arus perdana. Propaganda bentuk kuno yang cuba disampai oleh kerajaan barisan nasional tidak mendapat tempat. Hiburan menjadi daya tarikan golongan muda dan bukan lagi berita yang bercorak duduk setempat dan menceceh panjang lebar tentang kebaikan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.
Selepas rancangan hiburan anak anak akan mencapai komputer untuk berdiskus dan membuat blog masing masing. Hampir seluruh anak muda dan rakyat dewasa menolak propaganda meleret BN sehingga menyebabkan rating berita di media arus perdana merudum teruk.
Kini .... semua sedar tentang keberkesanan internet dan UMNO berduyun duyun membuka blog masing masing. Walaupun lesu....tapi masih berharap.
SPR pula cuba untuk meraih simpati golongan tua untuk kembali menyokong UMNO. Dimana politik menggelarkan golongan ini sebagai Saluran 1 dan 2 ... bermakna 'dewasa yang kukuh bersama UMNO'. Lihat berita ini.....
SPR syor daftar pengundi berusia 50 tahun diganti baru
Bagi tujuan tersebut, SPR akan mengesyorkan kepada kerajaan agar menyediakan undang-undang khas selepas mesyuarat anggota panel suruhanjaya itu 9 Jun ini.
“Kita perlu adakan satu daftar yang baru sama sekali mengikut keperluan dan kehendak semasa, yang boleh diterima oleh semua tanpa ragu-ragu,” kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dalam temu bual dengan mStar Online di sini.
Jika kerajaan menerima cadangan itu, proses pendaftaran pemilih baru perlu diadakan untuk mendaftar semula para pemilih.
“Kita harap kerajaan akan terima cadangan ini,” katanya sambil berseloroh “ia juga telah menjadi satu isu seolah-olah duri dalam daging” kerana dikritik banyak pihak sebelum ini.
Daftar pemilih semasa terdiri daripada 10.9 juta pengundi manakala empat juta rakyat yang layak masih belum mendaftar. - MStar
1 comments:
SPR kalau tak membelit, lama dah ditutup dek kerajaan. Semua ni usaha untuk PRU 13 nanti. Pasal dakwat tak cerita lak si mangkuk ayun ni
Post a Comment