KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 26, 2008

MB dan EXCO lalu tak isytihar harta - TS Khalid

Utusmeloya - Kerajaan campuran di Selangor mendakwa bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo serta exco kerajaan negeri sebelum ini tidak membuat engisytiharan harta.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya telah membuat semakan dan mendapati hanya ada surat daripada Ketua Setiausaha Sulit bertarikh Disember 1999 dan September 2000 kepada Menteri Besar ketika itu meminta semua Exco dan wakil rakyat mengisytiharkan harta.

Bagaimanapun, ujarnya, tiada dokumen rasmi yang membuktikan perisytiharan harta ada diserahkan oleh Menteri Besar.

``Sepatutnya semua dokumen rasmi dimasukkan dalam fail rasmi kerajaan dan direkodkan mengikut prosedur yang ditetapkan.

"Ini kerana fail rasmi hanya boleh dilupuskan selepas mendapat persetujuan Jabatan Arkib Negara," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr. Mohamad Khir (BN-Sungai Panjang) mengenai pengisytiharan harta wakil rakyat dan exco kerajaan negeri yang baru.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri pakatan pembangkang terpaksa menggunakan contoh Borang Pengisytiharan Harta Ahli Parlimen Kerajaan (APK104). ... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive