Mahfuz mempertikaikan tentang keputusan ICJ di dalam isu Batu Puteh dan meletakkan tanggung jawab kepada kerajaan kerana gagal mempertahankan hak negara. Di samping itu .... Gani 4 tahil terbukti telah gagal di dalam memberikan nasihat yang sewajarnya kepada kerajaan.
Baca berita harakahdailyPada aku .... Gani 4 tahil bukan penasihat tetapi dia sendiri pun tak sihat. Bukan pemberi nasihat tapi mengikut arahan. Tu sebab negara hancur.
Mahfuz juga menolak pandangan Menteri Luar kononnya Singapura tidak boleh menambak pasir sesuka hati dengan keputusan ICJ itu.
"Apa jaminan Singapura tak tambak?" soal beliau sambil mengingatkan bahawa Singapura tetap meneruskan kerja-kerja menambak pasir sesuka hatinya walaupun dibantah.
Dewan Rakyat sendiri pernah membincangkan usul untuk membantah tindakan Singapura itu sejak dari tahun 1999 lagi, katanya.
Walaupun beliau tidak mahu menyalahkan Umno atas apa yang berlaku itu, tetapi beliau tetap menyifatkan kehilangan Pulau Batu Puteh berpunca dari kelemahan kerajaan.
"Kelemahan kerajaan adalah kelemahan Umno," kata beliau sambil menekankan bahawa kerajaan diterajui oleh Umno.
"Tak ada persediaan yang baik, akhirnya kita malu," katanya lagi.
Mahfuz menuntut kerajaaan bertindak ke atas Peguam Negara "yang gagal menjadi penasihat yang baik kepada kerajaan".... selanjutnya.
1 comments:
YB Pasir Mas ada menyebut loji air di Gunung Pulai dijaga oleh S'pura sampaikan tentera pun tak boleh masuk kwsn itu.Kalau benar kjaan kena buat sesuatu,ambil balik hak kita,jgn 50 tahun nanti mereka bawa kat ICJ tuntut dan menang lagi.Teringat cerita pasal arwah datuk saya sebelum merdeka,dia menggantung roti yg telah dibuang isi,katanya tanahair kita ibarat roti itu,isinya telah diambil orang lain,yg tinggal cuma kulitnya sahaja.Nampaknya datuk saya lebih ke hadapan daripada pemimpin Melayu hari ini.Beliau telah di ISAkan oleh orang putih hanya berkeliling bandar dgn melaung MERDEKA.
Post a Comment