harakahdaily - Jika institusi pertahanan dijadikan lubuk emas oleh pihak tertentu, ia akan melemahkan moral tentera negara ini.
Ahli Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Abdul Samad (PAS- Shah Alam) menyatakan perkara itu di Dewan Rakyat petang ini.
Ketika memberi pandangan kepada saranan Datuk Mohamad Shahrum Osman (BN-Lipis) mengenai latihan kepada anggota tentera, beliau juga menegur aspek latihan ketenteraan yang begitu keras dan penekanan kepada senjata yang luar biasa mahal melebihi harga yang dbeli pihak lain.
Beliau mengemukakan contoh perjuangan Mujahidin di Afghanistan yang berjaya menewaskan penjajah Soviet walaupun tidak menjalani latihan yang melakukan kekerasan kepada kawan sendiri serta tidak pula membeli senjata yang sepatutnya "berharga berpuluh ribu dengan harga beratus ribu".
Lantaran itulah, beliau menekankan tentera Malaysia yang beragama Islam perlu dikuatkan dengan semangat jihad.
SAPA IKUT PAS PN TAK SIGN SSPA MEMANG BODOW
14 minutes ago
0 comments:
Post a Comment